Selalu Siram Letak Tempat Panas, Pokok ROSEMARY Mudah Membiak Segar Bugar!

Pokok Rosemary antara pokok herba Inggeris yang digemari ramai. Aroma dedaunnya sahaja sudah cukup semerbak dijadikan salah satu bahan perapan untuk ayam, daging, kambing dan sebagainya. Tak susah sebenarnya nak tanam pokok herba ini di rumah jika tahu teknik dan caranya.Jika tidak ia akan mudah cepat layu dan mati.

Rupanya pokok Rosemary ini perlu diletakkan di tempat panas dan air secukupnya. Barulah ia mudah membiak dan segar bugar. Itu antara tip penjagaan pokok Rosemary yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafir sendiri.

Berikut perkongsian tersebut;

Daripada 1 pokok utama, atas cadangan dan permintaan saya potong beberapa batang pendek/kecil dan cucuk ke tanah, Alhamdulillah ada 7 anak pokok baru, pokok Rosemary.

Rosemary ini daunnya kita guna perap ayam, kambing, daging untuk bakar. Fuh, sedap!

Dan letakkan daunnya dalam air teh o panas. Fuh, sedapnya!

Saya beli anak pokok di nurseri je. Tak sangka mudah membiak.

Cara Penjagaannya:

  1. Saya tidaklah tahu sangat. Cuma berdasarkan pengalaman, saya letak tempat teduh (garaj) dan dalam rumah, pokoknya tak segar, daun pun kekuningan.Sekarang letak tempat panas, sihat segar-bugar.

2. Selalu siram, at least 1 kali sehari paling lama pun 1 kali dalam 2 hari. Siram banyak biar basah tanah setiap kali siram.

3. Saya letak baja 1 kali sebulan, 1 sudu teh baja setiap kali letak, baja subur dari Kedai Eco saja saya guna.

Semoga bermanfaat.

Baca Lagi Di Sini:Tanaman Mampu Halau Serangga Perosak, Jenis Pokok Ini Patut Ada Di Kebun!
Mesti Baca:KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik:KOMPILASI TIP Semai 6 Jenis Tanaman, Boleh Jimat Belanja Dapur!

IMPIANA: Menarik tip penjagaan Pokok Rosemary ni. Boleh cuba tanam sendiri di rumah ikut tip yang dikongsikan. Mudah bila nak guna tinggal petik je.

Sumber: Dr Syahr Musafir

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply