Bintang Drama 90an Ditemui Maut Di Rumah. Meninggal Dunia Sehari Sebelum Dijumpai

Pelakon popular era 90an, Esta Terblanche, 51, telah ditemui meninggal dunia di dalam bilik air rumahnya pada Khamis lalu.

Mayat figura yang terkenal dengan drama bersiri All My Children itu dijumpai oleh pembantunya. Berita kematiannya pula dikongsikan oleh anak angkatnya, Barbie Ashley.

Sebelum itu, pelakon yang berasal dari Afrika Selatan tersebut tidak dapat dihubungi sejurus pulang dari percutiannya dan dipercayai dia telah meninggal dunia sehari sebelum dijumpai.

Ketika kematiannya, beberapa haiwan peliharaan turut ada di rumahnya yang terdiri daripada tiga ekor kucing, dua ekor anjing dan seekor tupai tanah.

BACA LAGI: Penyanyi Rock Meninggal Dunia Serta Merta Atas Pentas Selepas Peluk Peminat Basah

Kesemua haiwan peliharaannya telah pun diselamatkan oleh Pusat Kawalan Haiwan L.A County.

Kerjaya bekas ratu cantik ini bermula selepas dia memenangi Miss Teen South Africa pada tahun 1991 sebelum menceburi dunia lakonan dan kemudiannya mencipta nama di Amerika Syarikat.

Dia menyepi dari dunia lakonan bermula 2013 dan menumpukan kepada perniagaan spa yang terletak di Los Angeles.

Sedikit info mengenai kehidupan peribadinya, Esta berkahwin dengan Andre Kock pada 1997 namun hanya bertahan selama 11 tahun sebelum bercerai pada 2008.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply