Berazam Bersara Awal, Lelaki Berjimat 21 Tahun & Bersara Dengan RM4 Juta Simpanan

SIAPA sahaja yang tidak mahu bersara awal?

Pasti ramai dalam kalangan kita mempunyai impian untuk direalisasikan selepas bersara, antaranya mengelilingi dunia bersama pasangan, menghabiskan masa dengan aktiviti kebajikan dan sebagainya.

Tidak ada salahnya sekiranya anda merancang untuk bersara awal, lebih-lebih lagi apabila sudah mencapai status bebas hutang dan mempunyai kewangan yang kukuh.

 Lelaki Berjimat 21 Tahun Dan Bersara Dengan RM4 Juta Simpanan (Foto Via Pexels) Lelaki Berjimat 21 Tahun Dan Bersara Dengan RM4 Juta Simpanan (Foto Via Pexels)

21 Tahun Hidup Berjimat

Seperti yang dilakukan oleh lelaki dari Jepun ini, menjalani kehidupan sangat berjimat cermat selama 21 tahun kerana ingin menjimatkan sehingga AS$640,000 (kira-kira RM2.9 juta).

Usahanya dengan matlamat bersara awal itu membuahkan hasil apabila dia baru-baru ini mengumumkan bersara dengan AS$860,000 (kira-kira RM4 juta).

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki yang tidak dikenali itu yang berusia 45 itu memulakan rancangan simpanannya pada awal 2000-an, selepas mendapat pekerjaan yang stabil. Syarikatnya memerlukan pekerja bekerja lebih masa kadang-kadang lewat tengah malam.

 Lelaki Berjimat 21 Tahun Dan Bersara Dengan RM4 Juta Simpanan (Foto Via Pexels) Lelaki Berjimat 21 Tahun Dan Bersara Dengan RM4 Juta Simpanan (Foto Via Pexels)

Motivasi Diri  ‘Lelaki Yang Pasti Akan Berhenti Kerja’

Seorang lelaki yang berpendapatan AS$32,000 setahun merancang untuk mencapai kebebasan kewangan dengan menyimpan 100 juta yen.

Selama lebih dua dekad, dia hidup berjimat dengan tinggal di asrama syarikat, makan makanan murah, dan menggunakan barangan terbuang.

Ikat Perut

Makanannya sangat menjimatkan, dengan makan malam biasa mungkin terdiri daripada plum masam, beberapa sayur masin dan semangkuk nasi. Kadang-kadang makan malam itu hanyalah minuman tenaga, yang diperolehnya menggunakan mata percuma dari kedai serbaneka.

 Lelaki Berjimat 21 Tahun Dan Bersara Dengan RM4 Juta Simpanan (Foto Via Pexels) Lelaki Berjimat 21 Tahun Dan Bersara Dengan RM4 Juta Simpanan (Foto Via Pexels)

Dia juga akan mengambil minuman berkarbonat dan biskut sebagai hidangan malamnya sambil menonton filem bertemakan penjara dan bergurau bahawa kehidupannya dalam syarikat itu tidak berbeza dengan menjalani hukuman penjara 20 tahun.

Selepas ketuhar gelombang mikronya pecah, dia juga beralih kepada makan keledek dari musim sejuk ke musim panas, dengan memasaknya menggunakan haba musim panas di cermin depan kereta rakan sekerjanya.

Selain itu, dia tidak pernah menggunakan penyaman udara atau pemanas, sebaliknya memilih untuk menyejukkan badan pada musim panas dengan kemeja-T basah dan memanaskan badan pada musim sejuk dengan melakukan gerakan mencangkung (squat).

Usahanya berjaya apabila dia mengumumkan simpanan AS$860,000 selepas 20 tahun bekerja. Selepas mencapai matlamat, kehidupannya bertambah baik dengan sarapan yang lebih baik dan peralatan baru. Namun, kegembiraannya terjejas apabila simpanannya menyusut akibat penurunan nilai Yen baru-baru ini.

Sumber : South China Morning Post

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

, , ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply