Terdapat lebih 8 bilion penduduk bumi pada ketika ini dengan India menjadi negara dengan jumlah penduduk tertinggi selepas ia memintas China. Walaupun jumlah penduduk bumi semakin meningkat, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PB) menerbitkan laporan ia akan akan mula susut semula pada tahun 2084.
Ramalan dilakukan selepas melihat pola kelahiran dan kematian di peringkat global. Di negara seperti Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan UK kadar kelahiran sudah semakin rendah. Dalam kes Korea Selatan kadar kelahiran ialah 0.72 bayi untuk setiap wanita yang menyebabkan populasi tidak akan dapat dikekalkan untuk jangka masa panjang.
Kekangan ekonomi, kepentingan diberikan kepada kerjaya, urbanisasi, tahap pendidikan wanita semakin tinggi, akses kepada kontrasepsi dan generasi baharu yang enggan berkahwin menyumbang kepada pengurangan kadar kelahiran dunia menjelang 2100.
Di Malaysia kadar kelahiran ialah 1.6 bayi untuk setiap wanita yang adalah penurunan mendadak berbanding 6 bayi setiap wanita pada tahun 1957 dan 2.1 bayi setiap wanita pada tahun 2010. Kadar kelahiran 2.1 bayi untuk setiap wanita diperlukan untuk mengekalkan populasi sesebuah negara.
Sungguhpun pada waktu ini Afrika menjadi benua dengan tahap kelahiran tertinggi, ia diramalkan akan turut menyusut seperti benua-benua lain dalam masa enam dekad.
Baca lanjut di Amanz .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.