Pemandu Bas Bangga Anak Cemerlang STPM 2023 -“Saya Sokong Jika Dia Nak Lanjutkan Pengajian Walaupun Pendapat Saya Tak Menentu…”

Pengorbanan seorang bapa menyara keluarga sebagai seorang pemandu bas terbalas apabila puterinya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.

Menurut pemilik nama Riska Sainuddin, dia memaklumkan bapa tercintabya banyak berkorban termasuk sentiasa memberi dorongan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang sangat membanggakan itu.

Artikel berkaitan: Lihat Ibu Bapa Sara Keluarga Sebagai Pemandu Teksi & Tukang Cuci Pendorong Remaja Ini Peroleh 4 Flat STPM 2023!

“Saya pelajar asrama dan setiap jam 3 pagi, bapa akan hubungi untuk kejutkan saya supaya mengulang kaji pelajaran terutama pada minggu peperiksaan.

“Dia akan pastikan saya belajar semasa sepanjang minggu ulang kaji dan peperiksaan supaya dapat fokus untuk menjawab peperiksaan.

“Alhamdulillah, semua keputusan cemerlang dan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 bagi subjek Geografi, Pengajian Am, Sejarah, Sains Sukan dan Pengajian Perniagaan,” katanya pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan itu.

Artikel berkaitan: Berkat Jaga Arwah Ibu Di Hospital & Ulang Alik 126 KM Untuk Ke Sekolah, Remaja Ini Raih 4 Flat Peperiksaan STPM!

Dalam pada itu, bapanya Zainudin Osman mendedahkan walaupun dia hanya bekerja sebagai pemandu bas dengan pendapatan tidak menentu namun dapat memberi peluang pelajaran yang terbaik buat kesemua anaknya malah salah seorang daripadanya mencapai keputusan cemerlang.

“Saya akan sokong anak saya jika dia mahu melanjutkan pengajian di universiti walaupun pendapatan sebagai pemandu bas tidak menentu malah kadang-kadang hanya mendapat RM50 sehari, tetapi berkat kesabaran Alhamdulillah masih boleh memikul tanggungjawab sebagai bapa.

“Selain itu, mujur juga anak-anak yang sudah bekerja banyak membantu dari segi kos pendidikan adik-adik mereka yang masih bersekolah,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Sinar Harian

Comments

Leave a Reply