Udang Kekal Segar, Pejal & Manis Macam Baru Beli, Begini Cara Nak Simpan

Udang kekal segar, pejal dan manis macam baru beli, begini cara nak simpan. Biasanya bila kita beli udang dan simpan di dalam peti sejuk, selepas seminggu mesti udang akan kelihatan lembik dan hitam.

Udang Kekal Segar, Pejal & Manis Macam Baru Beli, Begini Cara Nak Simpan

Ini antara masalah yang sering dihadapi setiap kali kita menyimpan stok udang. Sebenarnya ada tip yang boleh dipraktikkan untuk memastikan udang yang disimpan kekal segar, manis dan tidak berubah jadi warna hitam malah teksturnya pun masih pejal seperti baru dibeli. Tip ini dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad.

Tip simpan udang supaya kekal segar, tabur gula!

Ada pelbagai petua untuk simpan seafood antaranya rendam dalam air dan frozenkan.

Tapi ada satu lagi cara mudah yang boleh dipraktikkan. Caranya tabur gula!

Udang contohnya paling cepat jadi hitam dan lembik selepas kita keluarkan dari peti sejuk beku.

Untuk elakkannya, selepas masukkan udang dalam bekas tabur gula di atasnya. Kemudian barulah disimpan dalam freezer (ruang sejuk beku).

Udang yang disimpan tak perlu dicuci dulu ya untuk kekalkan kesegarannya. Sama juga dengan ikan, sotong dan ketam.

Ini keadaan udang setelah lebih 2 minggu, tekstur udang masih sama macam baru beli.

Bagi ketam dan sotong pula, simpan macam biasa saja tapi pastikan dalam bekas supaya tak bertindih.

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

Baca artikel lain juga: Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang, Buatkan Stok Air Rebusan Untuk Masakan Lebih Sedap!

Nak Balas Jasa Cikgu, Murid Bagi Hadiah Udang Besar Tapak Kaki Size 13

Jangan Buang Perut Ikan Kepala Udang Lepas Siang. Boleh Buat Jadi Baja Pokok!

 

 

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply