Sebagai manusia, sudah tentu kita sentiasa mahu menjadi manusia yang baik dan kalau boleh setiap benda yang kurang baik itu dijauhkan dari hidup kita.
Sama seperti pelakon terkenal, Sweet Qismina juga baru-baru ini menyatakan bahawa dirinya tertarik dengan perkongsian positif yang kerap dimuat naik oleh pelakon Elfira Loy di media sosial sehingga membuatkan dia terbuka hati untuk menghadiri kelas agama.
Melalui Instagram miliknya pada petang Selasa, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi (27) turut mengucapkan terima kasih dan berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk mengikuti kelas ilmu agama namun disebabkan kekangan masa, hasratnya tidak kesampaian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
“Alhamdulillah, terima kasih Kak Elfira selalu kongsi benda yang baik-baik di media sosial. Sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas (agama). Selalu nak pergi tapi bercanggah dengan waktu kerja”
“Tapi betul, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas seterusnya!”
Dalam pada itu, Sweet juga berkata bahawa dia seronok mengikuti kelas agama berkenaan dan mahu menyertainya lagi pada masa akan datang.
Menurutnya lagi, dia akan berusaha menyusun jadual sebaiknya bagi memastikan dapat menyertai program agama sedemikian.
Kredit: Instagram Sweet Qismina
Walau apa pun, semoga perkongsian daripada Sweet ini juga mampu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjadi lebih baik lagi! InshAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.