Pelajar Inoasi ‘Perabot Pelbagai Fungsi’ Raih Pujian – ‘Kami Dulu Buat Kotak Pensel Je,’

Siapa sangka pelajar kini sudah punya kemahiran teknikal seperti membuat perabot pelbagai fungsi.

Kemahiran teknikal bukan lagi pilihan kedua melainkan keperluan yang sangat penting dalam pendidikan masa kini. Kita kena sedar bahawa kemahiran ini sangat bernilai dan boleh jadi ‘jalan’ buat anak muda untuk bina kerjaya.

Pendidikan berasaskan kemahiran teknikal ni bukan sahaja beri peluang pekerjaan yang lebih baik, tapi juga bantu tingkatkan daya saing dan keupayaan inovasi dalam industri. Dengan kemahiran yang mereka ada, anak muda kita boleh jana idea-idea baru dan kreatif yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang.

Ini menjadikan mereka lebih bersedia untuk hadapi cabaran masa depan.

“Ini barulah betul kemahiran untuk kehidupan”

Sebuah video yang dikongsikan oleh seorang guru memperlihatkan projek inovasi pelajarnya mendapat perhatian warga maya.

Video tersebut menunjukkan bagaimana pelajar di sekolah ini memanfaatkan subjek MPV Pembuatan Perabot untuk menghasilkan rekaan yang bukan sahaja kreatif tetapi juga praktikal untuk kehidupan seharian.

Difahamkan, projek yang ditampilkan dalam video tersebut adalah bertemakan ‘projek perabot kreatif’. Pelajar diberikan kebebasan membuat satu perabot yang mempunyai pelbagai fungsi tambahan.

Kebijaksanaan dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan rekaan ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran teknikal dalam pembelajaran mereka.

Setiap rekaan yang ditunjukkan sangat bernas dan berguna untuk kehidupan seharian, bak kata warga maya yang kagum dengan usaha pelajar itu, “Ini barulah betul kemahiran untuk kehidupan”.

Menerusi video, murid pertama dan kedua memilih menghasilkan ‘kerusi 2-in-1’, di mana kerusi boleh ‘bertukar’ menjadi tangga, dan juga sebagai ‘iron board’.

Murid ketiga pula menghasilkan meja sekali gus ruang penyimpanan barang ‘tersembunyi’, manakala murid keempat menghasilkan kabinet dengan laci dan pelbagai fungsi lainnya.

Kehebatan pelajar-pelajar ini dalam berinovasi ternyata memukau warga maya. Ruangan komen penuh dengan pujian dan rasa bangga terhadap kebijakan dan kreativiti mereka.

 

@wawa090478♬ original sound – Zahratul Alwa

Bukan itu sahaja, netizen turut mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang membantu pelajar tersebut ‘berkarya’.

IMPIANA : Teruskan usaha dan kreatif, kita pasti boleh melangkah lebih jauh.

Artikel Menarik:Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!

Sumber: Zahratul Alwa via TikTok

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply