Anak Sakit Gigi, Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit

Anak sakit gigi, mak ayah boleh cuba buat sendiri rawatan ini di rumah untuk legakan rasa sakit. Setiap kali sakit gigi, sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu.

Anak Sakit Gigi, Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit

Jika orang dewasa pun begitu, apatah lagi dengan kanak-kanak. Akan tetapi, pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai ubat sakit gigi tradisional buat kanak-kanak yang boleh buat sendiri di rumah?

Kredit foto: Freepik

Masalah gigi dan kanak-kanak

Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara yang asing untuk kita lihat berlaku pada gigi kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih, bersih dan tersusun rapi kini sudah kian mereput dan menghilang.

Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah.

Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi yang lebih teruk, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.

Jika gigi anak anda sudah terlalu teruk, ibu bapa perlu gunakan ubat sakit gigi untuk merawatnya.

Kesan jika anak sakit gigi

Bagi seorang kanak-kanak, sakit gigi yang teruk boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:

Kehilangan gigi yang terlalu awal akan menyebabkan gigi tumbuh tidak teratur
Kebengkakan yang besar akan menyukarkan mereka membuka mulut, mengunyah makanan dan bernafas
Menjadi trauma atau pengalaman yang menakutkan buat anak anda
Paling penting, segera bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut dan ubat sakit gigi jika mereka mulai mengadu sakit gigi.

Jika tidak, mereka mungkin terpaksa dimasukkan ke dalam hospital jika berlaku sebarang komplikasi yang lain.

Ubat sakit gigi tradisional untuk anak di rumah

Selain ubat sakit gigi yang anda boleh dapat di klinik gigi atau farmasi, anda juga menggunakan alternatif lain yang mudah dijumpai bahkan di rumah anda sendiri!

Berikut merupakan rawatan tradisional sakit gigi yang anda boleh buat sendiri di rumah:

1. Garam
Jika diikutkan logik akal, ini pasti tidak masuk akal kerana garam sudah pasti akan membuat gigi anak anda lebih sakit.

Pun begitu, kandungan sodium yang terdapat di dalamnya sebenarnya mampu menghilangkan sakit gigi berlubang.

Caranya mudah sahaja, larutkan garam ke dalam segelas air suam dan kumurkan larutan tersebut.

Anda boleh lakukannya berkali-kali sehingga rasa denyut pada gigi berlubang itu hilang dengan sendiri.

Kredit foto: Freepik

2. Cengkih
Selain itu, anda juga boleh gunakan cengkih sebagai ubat sakit gigi anak anda. Jika anak anda mempunyai gigi berlubang, anda boleh cuba gunakannya sebagai ubat sapuan.

Caranya, kisarkan beberapa biji cengkih bersama minyak zaitun dan minyak sayur. Setelah sapuan ini siap, sapukan sahaja pada gigi anak anda yang sakit.

Selain itu, anda juga boleh jadikan ia ubat kumur sama seperti garam.

3. Biji asam jawa
Selain baik untuk tekak, asam jawa juga boleh dijadikan penawar untuk melegakan sakit pada gigi.

Caranya, ambil segenggam biji asam jawa lalu tumbuk atau kisar ia sehingga halus. Kemudian, sapukan sahaja ia pada gigi yang sakit.

4. Limau nipis
Siapa kata limau nipis cuma boleh dijadikan makanan, minuman atau cucian semata-mata? Sebenarnya, ia juga boleh dijadikan sebagai ubat sakit gigi kerana ia kaya dengan vitamin C.

Caranya, potong limau nipis lalu perah jusnya ke dalam sebuah bekas. Gunakan sudu kecil untuk mengambil perahan jus itu. Kemudian, titiskan ia sedikit demi sedikit ke gigi untuk mengelakkan rasa pedih.

5. Bawang putih
Bawang putih adalah bersifat antibiotik dan sangat berkesan untuk mengurangkan sakit gigi berlubang.

Caranya, ambil satu atau dua ulas bawang putih, kupas dan tumbuk ia sehingga halus.
Selepas itu, sapukan ia pada gigi yang sakit.
Ataupun, anda juga boleh minta anak anda untuk mengunyahnya secara terus sahaja.

Kredit foto: Freepik

6. Bawang merah
Sama seperti bawang putih, bawang merah juga mampu mengurangkan sakit gigi berlubang.

Caranya juga lebih kurang sama sahaja iaitu ambil satu atau dua ulas bawang merah, kupas dan tumbuk ia sehingga halus. Sama ada anda sapukan ia ataupun mengunyahnya secara terus, pilihan terletak di tangan anda.

7. Ais
Akhir sekali, anda boleh menggunakan ais untuk melegakan sakit gigi anak anda akibat gigi berlubang.

Caranya adalah mudah sahaja iaitu ambil beberapa ketul ais daripada peti sejuk lalu masukkan ia ke dalam beg plastik. Kemudian, tuamkan ia di atas bahagian gigi yang sakit.

Pun begitu, ini hanyalah langkah untuk mengebas dan meredakan sakit buat sementara waktu sahaja.

Baca artikel lain juga: Anak Sakit Gigi Tengah Malam, Klinik Pula Tutup. Ini Apa Yang Mama Papa Boleh Lakukan

Doktor Kongsi 3 Teknik Gosok Gigi Anak Yang Mengamuk. Biar Anak Menangis Gosok Gigi Dari Sakit Gigi

Kredit foto: Freepik

 

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply