Lembut & Wangi. Resipi Puding Pandan Karamel Ni Memang Sedap

Suka makan Puding Karamel? Jom cuba resipi Puding Pandan Karamel perkongsian Opah Mas Cotek ni. Sangat mudah dan tidak renyah. Tak perlu kukus pun. Hanya perlu masak dalam periuk sahaja. Jika makan sejuk-sejuk, wow… memang nikmat tak terkata. Jom cuba. Sesuai sangat untuk anda yang suka makan puding tapi tak nak guna telur.

CARA BUAT PUDING PANDAN KARAMEL

BAHAN A:
3 sudu makan gula beli online disini
BAHAN B:
2 cawan air
2 cawan jus pandan (kisaran dari 7 helai daun pandan)
1 bungkus serbuk agar-agar (10gm) beli online disini
1 tin susu cair beli online disini
½ cawan susu pekat manis beli online disini
½ cawan gula
3 sudu makan tepung kastard beli online disini
1 sudu teh esen vanilla beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan A ke dalam loyang dan masa katas api perlahan hingga gula cair dan keperangan. Ketepikan.
2. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dan pekat.
3. Tuang ke dalam loyang berisi bahan A tadi.
4. Sejukkan puding dalam peti sejuk hingga puding kental sepenuhnya.
5. Terbalikkan dan keluarkan puding dari loyang.
6. Puding Pandan Karamel sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply