Sayur salad ini nama asalnya Lettuce-Loose leaf, dikenali sebagai salad nasi ayam kerana selalu digunakan untuk hidangan nasi ayam. Salad ini berguna sangat bila kita tak berapa rajin nak goreng sayur. Boleh ambil dan makan begitu saja.
Sebab itu elok sangat kalau kita tanam sendiri di rumah, senang bila nak makan petik saja daunnya.
Tip jika supaya dapat makan daun salad yang segar, bila pokok sudah matang petik daun dari bawah. Jangan cantas terus pangkalnya. Petik daun ikut kuantiti yang diperlukan untuk makan. Cara ini lagi lama pokok salad bertahan.
Nak cuba tanam? Boleh jadikan perkongsian dari Ena Mi Za sebagai panduan.
Tip tanam salad nasi ayam (Lettuce-Loose leaf)
1. Boleh terus semai biji benih dalam pasu atau polibeg tapi tak perlu guna banyak tanah.
2. Jika pasu agak besar boleh tanam dua pokok. Saiz polibeg ini 15X18 @ 16X16.
3. Bila dah bercambah, kena rajin timbus tanah pada pangkalnya, pastikan benih tak ditimpa hujan dan elak kena cahaya mahatari secara terus.
4. Bila sudah keluar batang, timbus tanah sampai tutup batang.
5. Batang pokok salad ini boleh tinggi sampai satu kaki jika ditanam dalam pasu/polibeg besar.
6. Untuk makan sendiri, petik sehelai-helai dari bawah ikut kuantiti yang diperlukan. Tambah lagi tanah bila perlu.
Sumber: Ena Mi Za
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.