Cara Buat Chili Oil Yang Pedas ‘Giler’, Guna Cili Jenis Ini. Makan Dengan Apa Pun Sedap

Chili oil ini memang boleh jadi penyedap hidangan, kalau buat bubur atau hidangan sup Chinese stail, kena ada.  Tapi bukan saja dengan bubur atau sup, makan dengan apa saja pun sesuai.

Chili oil ini akan jadi penambah keenakan, dapat pula yang pedas. Memang ketagih dan  elok sangat buat sendiri untuk kegunaan di rumah. Bagi yang suka pedas guna cara yang dikongsi oleh Mary Teo Lee Na.

Cara buat Chinese chili oil yang pedas sedap

 

Homemade Chinese Chili Oil dah siap. Makan bersama pau goreng atau makan dengan apa saja pun sedap. Warning, pedas giler!

Bahan-bahan

100gm cili kering pedas
1 sudu kecil biji bijan putih
*1 1/2cawan besar minyak
*1 batang kayu manis
*2 bunga lawang
*3 daun salam kering
*6 biji cengkih
*1 sudu kecil lada hitam kasar
*1/2 sudu besar garam
*1/2 sudu kecil jintan manis
*1/2 sudu kecil jintan hitam
*1/2 inci halia dihiriskan
Bekas kaca – ‘sterilized’ untuk simpan cili

Guna cili ini, memang pedas

 

Cara membuat

1. Cili kering pedas dibasuh dan sangai di atas kuali sehingga merah gelap. Sejukkan dan kisar sehingga jadi cili flakes. Bahagikan kepada dua, satu bahagian dimasak dalam minyak dan satu bahagian dalam bekas kaca

2. Biji bijan putih disangai sehingga kuning, kemudian masukkan dalam bekas cili tadi.

3. Masukkan semua bahan bertanda dalam periuk dengan minyak. Masak guna api sederhana dalam 5 minit sehingga minyak mendidih. Matikan api dan tapiskan minyak dari rempah-rempah.

 

4. Masukkan semula minyak tadi dalam periuk dan masukkan sebahagian cili tadi dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan keluar bau wangi cili.

5. Matikan api dan tuangkan terus panas-panas ke dalam bekas yang diisi dengan sebahagian cili dan biji bijan tadi.

6. Gaul dengan sudu bersih dan kering. Masukkan garam. Tunggu sehingga sejuk baru tutup dan simpan.

Selamat mencuba

Sumber: Mary Teo Lee Na.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply