Anak Suka Buat Sepah Itu Sebenarnya Bijak, Dia Sedang Rangsang Sensori Deria

Anak suka buat sepah itu sebenarnya bijak, dia sedang rangsang sensori deria. Anda perlu faham apabila anak membuat sepah ketika bermain, dia sebenarnya sedang merangsang sensori deria. Si kecil berpeluang untuk bereskperimen dengan deria sentuh, hidu, lihat dan dengar.

Anak Suka Buat Sepah Itu Sebenarnya Bijak, Dia Sedang Rangsang Sensori Deria

Selain itu, tangannya akan bergerak secara aktif dan secara langsung meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Secara semula jadinya, si kecil gemar bereksperimentasi kerana daya ingin tahu dan meneroka.

Suka menyelongkar

Fitrah kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap dunia persekitarannya. Pada peringkat umur ini, dia mula menguasai konsep yang dinamakan object permanence di mana dia memahami bahawa suatu objek itu wujud walaupun tidak kelihatan di hadapan mata.

Oleh itu, ini adalah sebab kenapa si kecil suka menyelongkar barang pada bahagian yang tersembunyi. Hakikatnya, dia sebenarnya sedang membuat eskplorasi dengan dunia kecilnya. Tambahan pula bunyi pintu yang terhasil apabila membuka dan menutup laci atau peti sejuk itu memuaskan seperti suatu pencapaian baginya.

Disiplin, adakah terlalu awal

Its never too soon to discipline. Tidak terlalu awal untuk ibu bapa mendisiplinkan anak pada usia ini untuk menyimpan barang permainannya selepas bermain. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang akan mencorakkannya.

Anda sudah boleh mula mengajar si kecil untuk mengemaskan kembali barang permainan setiap kali sesi bermain tamat. Langkah ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif dalam rutin bermainnya, malah ia bagus untuk memupuk amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Pada masa yang sama, anda juga sebenarnya mendidik si manja untuk lebih bertanggungjawab terhadap barang kepunyaannya sambil merangsang kemahiran hidup.

5 cara latih anak tidak membuat sepah

Dalam masa yang sama, dalam memberi ruang untuk anak-anak membuat sepah, jangan sampai rumah menjadi tongkang pecah pula. Jadikan tabiat mengemas selepas membuat sepah sebagai satu rutin yang menyeronokkan. Apa yang anda boleh lakukan ialah:

  1. Ajak anak memasukkan barang permainannya ke dalam kotak sambil menyanyikan lagu Clean Up. Apabila ritma lagu semakin laju, galakkan dia mengemas dengan lebih pantas.
  1. Main permainan I Spy dengan menggalakkan anak mencari objek mengikut kategori yang dinyatakan. Contohnya, kereta mainan atau objek berwarna biru.
  1. Anak kecil memang cenderung untuk meniru perlakuan orang dewasa. Jadi, anda sendiri perlu sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan kemas. Begitu juga dengan abang atau kakaknya.
  1. Sebelum memulakan aktiviti, jelaskan kepada anak bahawa dia dibenarkan membuat sepah semasa bermain tetapi perlu mengemas kembali setelah tamat aktiviti.
  2. Beri ganjaran sekiranya dia tidak membuat sepah dan denda apabila enggan untuk mengemas kembali. Denda bukanlah bermaksud seksaan fizikal. Mungkin sekadar melarang dia bermain untuk sehari atau tidak mendapat ciuman sebelum tidur.

Kawal diri daripada marah

Walaupun situasi sebegini biasanya akan memeningkan kepala, ia merupakan suatu memori manis untuk dikongsi bersama keluarga. Hal ini kerana anak ini tidak akan selamanya kecil, merengek dan membuat sepah.

Selain itu, berdasarkan fakta, si kecil yang membuat sepah lebih cenderung untuk menjadi orang yang kreatif kerana dia diberi ruang yang secukupnya untuk mengekspresikan idea. Kebanyakan idea ciptaan di dunia, tercetus hasil daripada penemuan tidak sengaja. Antaranya ialah doh mainan yang asalnya bertujuan sebagai pencuci kertas dinding.

Nah, mana tahu suatu hari nanti anak anda mampu mencipta suatu inovasi semasa sedang bermain. Bak kata ahli saintis Inggeris, Carl Edward Sagan, Somewhere, something incredible is waiting to be known.

Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal diri daripada menjadi ‘singa lapar’ dengan melakukan perkara berikut:

  1. Jika anda tidak boleh menerima situasi rumah yang bersepah, bawa anak ke luar rumah dan beri dia peluang untuk berekplorasi di luar. Contohnya, melakukan aktiviti seni dan kraf atau membuat eksperimen sains di halaman rumah.
  1. Tetapkan peraturan yang jelas dan mudah untuk dijadikan rutin harian si kecil. Antaranya, anak perlu menggunakan dulang bagi setiap aktiviti seni dan kraf atau membina lego di atas tikar mainan.
  1. Jangan beri denda fizikal. Denda fizikal yang berterusan akan menyebabkan anak hilang rasa tanggung jawab untuk mengemaskan barang-barang kepunyaannya. Malah, ia akan membuatkan dia berasa jengkel dan susah untuk mengemas.
  1. Dedikasikan satu bilik atau satu tempat khas untuk anak bermain bagi mengelakkan dia menyepahkan mainan di tempat lain. Anda juga boleh memberi mainan secara berperingkat supaya dia tidak mempunyai terlalu banyak pilihan untuk membuat sepah.
  1. Mungkin kedengaran agak kelakar tetapi ibu bapa perlulah bermeditasi atau gunakan mantra untuk menenangkan perasaan sendiri. Gunakan tip seperti lagu Chichi & Chacha Jom Sabar “Bila rasa naik marah, ahai sayang. Tarik nafas panjang-panjang, ahai sayang. Kira satu sampai sepuluh, ahai sayang. Baru hati lebih tenang, sabar sayang.

Baca artikel lain juga: Anak Suka Buat Sepah, Mak Ayah Jangan Marah-marah, Itu Petanda Mereka Seorang Yang Genius

 

 

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply