Autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu ‘autos’ yang bermaksud sendiri kerana pesakit seakan hidup di dalam dunianya yang tersendiri. Terdapat dua pengelasan diberikan iaitu sederhana dan teruk dengan masih belum terdapat ubat yang boleh merawatnya. Tetapi penyelidik dari University of Maryland menerbitkan kejayaan mereka menterbalikkan autisme tahap teruk pada satu pasangan kembar menurut laporan The Telegraph.
Kembar yang identiti mereka tidak didedahkan ini dikesan menghidap autisme pada usia 20 bulan. Menerusi program yang dihasilkan khas untuk mereka, salah seorang kembar dengan skor 43 daripada 180 markah dalam ujian Autism Treatment Evaluation Checklist pada Mac 2022 kini turut ke 2 sahaja pada Oktober 2023. Manakala kembarnya berjaya mengurangkan skor daripada 76 ke 32 dalam tempoh masa yang sama.
Program terdiri daripada analisis tingkah laku, terapi pertuturan, dan kawalan pemakanan yang ketat untuk mengelakkan sebarang keradangan. Diet mereka pula bebas kasein, bebas gluten,r endah gula, tiada warna atau pewarna tiruan, sifar makanan ultra-diproses dan adalah organik sepenuhnya. Suplemen harian untuk asid lemak omega-3, multivitamin, vitamin D, karnitin, dan lain-lain juga turut diberikan.
Penyelidik tidak mengatakan rawatan untuk autisme telah berjaya ditemukan. In kerana kejayaan menterbalikkan autisme yang berbeza pada dua individu yang diletakkan di bawah program yang sama.
Pendekatan yang diberikan tertumpu kepada mengikuti pemahaman holistik keperluan individu setiap anak autisme, meneroka punca ia berlaku dan sokongan yang diperibadikan mengikut pesakit. Kajian kes itu telah diterbitkan dalam Kajian kes itu diterbitkan dalam Journal of Personalized Medicine.
Baca lanjut di Amanz .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.