Industri E-Sukan Tiada Masa Depan, Saya Pun Fikir Begitu Dahulu – Maharaja Soloz

Industri e-sukan merupakan salah satu industri yang dipandang rendah oleh masyarakat yang menganggap ia tidak menjamin masa hadapan. Bekas pemain dan penstrim permainan terkenal Maharaja Soloz mengakui yang dia juga tidak terkecuali dari berfikir sebegitu.

Soloz, atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria berkongsi kepada Maskulin yang dia sendiri pernah merasa ragu-ragu untuk terus menceburi bidang e-sukan selepas tamat pengajian dahulu.

“Sebab kita tak nampak tahu? Zaman saya zaman yang (memandang) game ini tiada masa depan, apa semua,” katanya kepada Maskulin.

@maskulinmy Kita berada di zaman yang berteknologi tinggi, pemain E-sports juga boleh menjana pendapatan yang agak lumayan. Tetapi masih lagi ada individu yang tidak bersetuju dengan “culture” ini. Jom kita dengar komen Soloz! #maskulin #majalahmaskulin #soloz #esports #mlbb #msc #fyp ♬ original sound – Maskulin

Soloz berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media pelancaran Dark System Zeries yang merupakan kerjasama dengan jenama kopi tempatan, Kopi Saigon.

JANA ALIRAN TUNAI

Meskipun industri e-sukan tidak begitu mendapat sambutan yang menggalakkan di awal kemunculannya, namun kini ia mampu menjana aliran tunai yang memberangsangkan walaupun belum kukuh.

“Tapi bila dah start PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), itu paling kuat sebab tak boleh buat acara, semua benda atas talian. Jadi dekat situ aliran tunai bergerak laju,” ulas Soloz lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faris Zakaria (@solozsoloz)

Tambahnya, semenjak itu juga industri e-sukan sudah mulai menerima perhatian dan penglibatan dari pihak Kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain

Perkembangan industri juga jelas dapat dilihat apabila hadiah kemenangan yang ditawarkan dalam kejohanan e-sukan juga semakin bertambah.

Contohnya, hadiah kemenangan terkini bagi kejohanan e-sukan peringkat antarabangsa seperti Mid Season Cup (MSC) ialah sebanyak USD1,000,000 (RM4,669,303.78).

“Benda ini dia akan berkembang, sebab setiap tahun budak habis sekolah, ada orang yang mempunyai keazaman untuk bermain game dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Terdahulu, dunia e-sukan tempatan menerima khabar gembira apabila skuad Selangor Red Giants (SRG) menjuarai kejohanan MSC Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 di Riyadh, Arab Saudi.

Kemenangan yang menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia menjuarai kejohanan itu sekaligus menamatkan tanggapan dunia yang negara ini hanya sekadar “easy server”.

Untuk rekod, istilah “easy server” kebiasaannya digunakan dalam dunia e-sukan yang merujuk kepada pasukan yang mudah ditewaskan, dan akan menjadi sasaran pasukan-pasukan yang menginginkan kemenangan mudah.

BACA: Kejayaan SRG Tamatkan Tanggapan Malaysia Sekadar “Easy Server” – Maharaja Soloz

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply