Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Sendiri Tepung Bebas Gluten, Bancuh Tepung Ikut Sukatan Ini

Ketika ini ramai yang berusaha mengamalkan pemakanan sihat. Salah satu yang dipraktikkan adalah dengan mengambil tepung yang bebas gluten terutama sekali buat mereka yang mengalami masalah alahan.

Tepung bebas gluten ini selain dibeli ia juga boleh dihasilkan sendiri sekiranya berdepan masalah mendapatkan bekalan tepung ini di kedai. Caranya dikongsi oleh Abu Hannah.

Cara hasilkan tepung bebas gluten

7:2:1 ialah nisbah untuk hasilkan tepung gluten free versi sendiri

700 gram tepung beras
200 gram tepung ubi kayu
50 gram tepung jagung
50 gram tepung kentang

Bancuhan banyak
7 kg tepung beras
2kg tepung ubi kayu
500 gram tepung jagung
500 gram tepung kentang

Cara membuat:

1. Ayak 3 atau 5 kali semua tepung. Bancuhan ini boleh digunakan untuk membuat pisang goreng, cucur pisang, brownies choc, cheese cake.

2. Cuma untuk adunan kek tambahkan sedikit Psyllium husk atau xanthan gum sebagai pengikat kepada tepung.

NOTA: Ini ialah perkara baharu atau bidaah hasanah dalam bab pemakanan sebab ianya adalah method yang dicipta pada kurun ini bagi mengelakkan masalah allergy terhadap gandum. Ianya diilhamkan untuk sesuaikan dengan keperluan uruf zaman sekarang kerana ramai yang mengalami masalah alahan terhadap gluten dalam gandum.

Kalau nak ikut manhaj salaf boleh terus guna tepung barli. Cuma isunya ialah banyak menu yang tepung barli agak susah nak digunakan. Sebab ianya tiada pengikat dan rasanya ramai yang tak sesuai.

Sumber: Abu Hannah.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply