Derma Sebelah Buah Pinggang Kepada Bapa, Tahap Kesihatan Nam Yoon-Su Semakin Baik

Pelakon terkenal Korea Selatan, Nam Yoon-Su beru-baru ini telah berkongsi tahap kesihatannya yang terkini selepas menjalani operasi pemindahan buah pinggang.

Dia yang menderma sebelah buah pinggang kepada bapanya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan sama-sama mendoakan keselamatan mereka berdua.

“Saya menyedari perkara ini adalah perkara yang perlu saya lakukan. Tidak mengapa, dengan keputusan kecil ini,  saya merasa gembira dapat memberikan hari-hari yang lebih baik kepada ayah saya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada peminat yang mendengar tentang saya melalui berita dan menghiburkan saya, serta kakitangan hospital yang melayan kami dengan baik selama beberapa hari.

Nam Yoon-Su ketika di Hospital.

“Menyasarkan untuk menjadi seseorang yang sedia menghulurkan bantuan dalam situasi ketakutan dan keraguan yang akan datang.

“Saya dengan sepenuh hati akan memberi sokongan kepada para pesakit yang sedang menunggu untuk melakukan transplant,” tulis bintang yang terkenal dengan siri Extra Curricular itu

NamYoon Su dan bapanya menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di Universiti Katolik Korea Eunpyeong St Mary’s Hospital pada 19 Jun yang lalu.

Sedikit latar tentang bintang berusia 27 tahun ini, dia  memulakan kerjayanya sebagai model pada 2014 dan membintangi beberapa video muzik.

Dia mula berlakon dalam drama pada 2018 menerusi karya seperti The King’s Affection, Beyond Evil dan I’m Not a Robot. Akan datang dia akan membintangi drama bersiri yang bertajuk Love in The Big City.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply