Ducati DesertX Rally D & Monster 30° Anniversario Rasmi Di Malaysia

Ducati Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua model istimewa: Ducati DesertX Rally dan Ducati Monster 30° Anniversario. Kedua-dua model ini, yang pertama kali diperkenalkan di peringkat global pada penghujung tahun 2023, menawarkan pengalaman menunggang motosikal yang unik dalam segmen masing-masing.

DesertX Rally - Mekanika
DesertX Rally – Mekanika

Ducati DesertX Rally

Ducati DesertX Rally ialah model adventure yang dilengkapi dengan beberapa naik taraf, menjadikannya lebih fokus pada keupayaan off-road. Dikuasakan oleh enjin Testastretta V-Twin 937 cc, motosikal ini mampu menghasilkan 110 hp pada 9,250 rpm dan tork 92 Nm pada 6,500 rpm.

Antara ciri-ciri tambahan yang ditawarkan pada DesertX Rally termasuk:

– Sistem suspensi: Suspensi dengan spesifikasi lumba off-road boleh laras sepenuhnya dari KYB, termasuk salutan Kashima pada bahagian luar dan DLC pada bahagian dalam.

– Rim Takasago EXCEL: Rim ini, dengan hab aluminium bilet dan jejari keluli karbon, menjadikannya 0.5 kg lebih ringan.

– Sump guard dan tuil gear karbon: Termasuk brek belakang aluminium bilet yang lebih ringan.

– Grafik pelekat tahan lasak: Diilhamkan dari livery Antoine Meo yang digunakan untuk memenangi perlumbaan Erzbergrodeo.

Sisi Ducati Monster 30° Anniversario - Mekanika
Sisi Ducati Monster 30° Anniversario – Mekanika

Ducati Monster 30° Anniversario

Bagi meraikan ulang tahun ke-30 salah satu model ikoniknya, Ducati memperkenalkan Monster 30° Anniversario, dengan pengeluaran terhad sebanyak 500 unit sahaja di seluruh dunia. Motosikal naked berkuasa tinggi ini juga dikuasakan oleh enjin Testastretta 11° 937 cc yang menghasilkan 109 HP pada 9,250 rpm dan tork 93 Nm pada 6,500 rpm.

Antara ciri-ciri tambahan yang ditawarkan pada Monster 30° Anniversario termasuk:

– Grafik Tricolour 30th Anniversary: Dengan penutup tempat duduk belakang, animasi pada skrin, dan nombor siri pada handlebar.

– Rim forged aluminium: Rim ini ditawarkan secara standard.

– Pakej bantuan elektronik: Termasuk Ducati Quick Shift (DQS), Cornering ABS, dan Traction Control.

– Suspensi Ohlins: Fork hadapan Ohlins NIX30 43 mm boleh laras, monoshock Ohlins di belakang, dan steering damper Ohlins.

Untuk pasaran Malaysia, Ducati DesertX Rally dijual bermula dari RM169,900 dan Ducati Monster 30° Anniversario pula dijual dari RM115,900. Kedua-dua model ini menjanjikan pengalaman menunggang yang luar biasa, sesuai untuk peminat motosikal yang mencari sesuatu yang istimewa dan eksklusif.

Dari Careta

Baca Pandangan Pertama Ducati Panigale V2 Superquadro Final Edition

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply