Tak dinafikan, media sosial ada kebaikan dan keburukannya sendiri. Jika digunakan ke arah yang betul, sudah tentu dapat membantu memudahkan kehidupan seseorang. Namun jika disalahgunakan, ia hanya akan menyebabkan kekacauan dan memberi kesan kepada semua pihak.
Salah satu kebaikan media sosial adalah ia dapat membantu kita mencari seseorang dengan hanya berkogsi foto dan sedikit maklumat tentang individi tersebut. Tahu-tahu, dek kusa viral jika ada rezeki dapatlah kita bertemu kembali dengan orang yang dicari.
Begitulah yang terjadi kepada @babysayang952 yang menggunakan platform media sosial untuk mencari ibu kandungnya yang sudah terpisah selama 29 tahun. Dengan berkongsi gambar dan sedikit kapsyen mengenai ibunya, hajat wanita tersebut akhirnya tercapai.
“Sye mencri orang yg berada didalam gmbar ni..sape yang mengenali beliau blh tolong chat..sye mencri mak kndung sye ..29 thu pernah berjumpa..selama ini tak ad kekuataan nk cri..skrg ni bru ad kekuataan..sye thu benda ni akan menyakitkn diri sendiri..sye cuma ingin berjumpa walaupun sekejp..”
Tonton video ini;
@babysayang952 selepas 29 thun akhirnya dpat berjumpa dengan ibu kandung..terima kasih kepada semua yg membantu nk mengenali ibu sye ☺️#fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #kuasaviral #xybca ♬ Wiwi Anjani. Cauna Mupalece – KING ᵃʳʸ-ᵖᵗᵏ
Pencariannya berhasil dan sudah rezeki dirinya untuk bertemu si ibu. Beberapa hari selepas video pertama dimuatnaik, wanita tersebut berkongsi pula momen indah ketika dia berjumpa ibu kandungnya itu.
Dapat dilihat dalam video tersebut, dua beranak itu berpelukan dan menangis melepaskan rasa rindu terhadap diri masing-masing. Bukan sehari dua, tetapi hampir tiga dekad terpisah, sudah tentulah rasa rindu sudah tidak terbendung.
Tidak mahu mengenang masa silam, wanita tersebut membuka ‘buku baru’ dan turut berkongsi punca perpisahan mereka. Menjawab pertanyaan dari salah seorang pengguna aplikasi yang sama, katanya mereka terpisah kerana kesempitan hidup.
Dia telah diserahkan kepada keluarga angkat dan hanya mengenali ibunya dari gambar sahaja. Itulah sebabnya wanita ini bersungguh-sungguh mahu menjejaki ibu kandungnya itu.
Dia turut memberitahu pada awalnya, dia tidak kuat untuk berhadapan dengan ibu tetapi dorongan orang sekeliling membuatkan dia mampu untuk bertemu semula.
Sememangnya perkongsian itu membuatkan ramai yang tersentuh dan sebak. Kalau diikutkan tak sangka boleh berjumpa balik dengan insan yang sudah terpisah lebih 20 tahun. Hanya dengan berkongsi di media sosial, hasil keprihatinan ramai impian si anak mahu bertentang mata dengan ibunya dapat dipenuhi.
Artikel Menarik:
“Lama Dah Gambar Ni.” Fattah Tunjuk Foto Fazura & Fatima Jadi ‘Wallpaper’ Telefon
“Berebut Nak Jaga Syurga Kami.” Datin Rebecca & Adik Beradik Seronok Jaga Ibu!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.