Ikan Tumis Kari Masak Kicap, Menu Tambah Selera. Nak Masak Pun Mudah

Ikan Tumis Kari Masak Kicap, buat menu ni pasti selera bertambah. Nak buat atau masak hidangan ini pun tak susah.

Bukan sahaja orang dewasa suka, malah sesuai juga untuk hidangan anak-anak. kalau nak pedas sikit boleh tambah cili padi dalam hidangan.

Kalau dah buntu nak masak lauk apa, hidangan ini boleh dijadikan pilihan untuk lauk makan siang dan juga malam.

Ikan Tumis Kari Masak Kicap

Bahan-bahan:

10 ekor ikan sardin

3 ulas bawang putih

1 inci halia

2 kuntum bunga lawang

1 keping kulit kayu manis

2 sudu makan serbuk kari

2 tangkai daun kari

1 biji tomato

1 biji kentang

½ bawang holland dihiris

3 sudu sos tiram

½ cawan kicap manis

Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ikan dan kentang dahulu kemudian ketepikan, sementara tu kita mula tumis bahan lain.
  2. Panaskan minyak, guna sedikit lebihan goreng ikan tadi. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai naik bau wangi.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari, kacau sebati
  4. Masa ni bau wangi tumisan serbuk kari pasti naik sampai rumah atas.
  5. Masukkan sos tiram, kacau sebati
  6. Masukkan kicap manis, kacau lagi.
  7. Masukkan sedikit saja air (¼ atau ½ cawan) untuk mengurangkan kepekatan kicap. Tak perlu perasakan dengan garam lagi kerana kicap manis tu dah seimbang rasa.
  8. Masukkan ikan goreng dan kentang goreng. Pelan-pelan kacau supaya kuah bersalut dan meresap dalam ikan.
  9. Akhir sekali, campak masuk potongan tomato dan hirisan bawang holland. Kacau kilas seminit dua dah boleh ditutupkan apinya
  10. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Mohd Rozmie #DariDapurMR

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari, Mudah & Sedap. Campak-campak Siap!

Gulai Ikan Utara, Letak Halba Baru Ngam, Makan Dengan Nasi Putih Memang Surrr…

Resipi Ikan Bakar Cara Indonesia. Simple, Mudah & Sangat Sedap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply