Hias Bilik Tetamu Tak Perlu Banyak Perabot, Cukup Simple Tapi Awesome!

Menyediakan bilik tetamu yang selesa dan menarik tidak semestinya memerlukan banyak perabot atau hiasan yang mewah.

Dengan beberapa tips dan trik yang mudah, anda boleh mencipta ruang yang menawan dan mesra untuk tetamu anda. Berikut adalah beberapa idea untuk menghias bilik tetamu dengan gaya yang simple tetapi tetap awesome!

TIP HIAS BILIK TETAMU: 

Bilik di bahagian tingkat bawah rumah teres dua tingkat selalunya dijadikan ruang bilik tetamu terutama bila mak ayah datang berkunjung ke rumah kita. Less is more lengkap barang yang kita nak guna pun sudah memadai.

Pemilihan warna yang terhad membuatkan sesebuah ruang itu lebih tenang. Tak perlu pun warna dinding yang terlalu terang, corak yang terlalu menonjol, sesuai dengan ruangan rehat.

Sebelum kita setup sesebuah ruang pastikan kita tahu apa keperluan yang kita nak, kemudian barulah beli. Jangan beli dulu baru fikir nak letak di mana.

Perabot asas sesebuah bilik tetamu:

  1. Katil perlu kita ukur ruangan yang ada dan akan menentukan jenis saiz sama ada single, super single, pull out @ queen. Kesilapan ni selalu pemilik kediaman buat beli katil tanpa ukur, sampai kadang-kadang jadi perabot sumbat dalam sesebuah ruang).

2. Meja tepi katil (side table) untuk kita letak side lamp membangkitkan lagi suasana cozy sesebuah ruang walaupun hanya dengan ruangan asas.

3. Blind dan langsir (ditentukan bila kedudukan aircond berada di mana. Elakkan buat langsir di bawah aircond akan membuatkn sesebuah ruang itu nampak lebih rendah dan tak menarik. Ketika ‘service’ aircond, kerja-kerja lebih mudah. Blind kita boleh tarik naik ke atas.

4. Almari ringkas (jika kita tiada bajet yang banyak IKEA juga adalah antara pilihan terbaik untuk kita melengkpkan suasana. Bolehlah kita letakkan telekung, sejadah, kain batik, kain pelikat, tuala dan mudah untuk kegunaan tetamu nanti).

5. Cermin (ruangan bersiap antara pelengkap ruang untuk mudahkan tetamu yang datang).

6. Quilt cover (pemilihan cadar juga memainkan peranan yang penting).

7. Hiasan dinding (memadai yang ringkas supaya sedikit sebanyak dapat menyerikan lagi ruangan untuk bilik tetamu)

IMPIANA : Dengan mengikuti tips-tips ini, anda boleh mencipta bilik tetamu yang simple tetapi tetap menawan dan selesa.

Artikel Menarik:Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!

Kredit: Anis Syuhada

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply