Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA) mengumumkan mereka juga akan melakukan misi memesongkan arah pergerakan asteroid pada tahun 2030. Sasaran CNSA ialah asteroid (NEO) 2015 XF261 yang berdiameter 30 meter. Walaupun boleh dianggap kecil, sekiranya asteroid sebesar ini menghentam bumi ia boleh mendatangkan kerosakan yang besar seakan ledakan bom atom.
Dalam misi yang akan dilakukan kelak, sebuah proba akan menghampiri (NEO) 2015 XF261 sebelum melancarkan penghentam kinetik ke permukaannya. Proba kemudian akan kekal bersama asteroid ini antara 6-12 bulan untuk melihat sama ada hala tujunya berubah daripada arah asal. Selain itu misi ini juga mempunyai misi sekunder untuk menganalisa komposisi asteroid dan apakah yang terhasil selepas ia dihentam.
Misi China ini mirip dengan satelit DART dihempas ke permukaan asteroid Dimorphos pada tahun 2022 dan berjaya mengubah arah asteroid sebesar stadium ini. Perbezaan hanya NASA menghempaskan terus DART sebesar peti ais ke permukaan asteroid.
Yang pasti sains membuktikan misi memesongkan asteroid dalam filem Armageddon boleh dilakukan sekiranya daya yang cukup besar dilakukan. Jika benar-benar bumi diserang asteroid di masa hadapan, kita mempunyai kemampuan untuk mengelakkan kepupusan seperti dinosaur ratusan juta tahun lalu.
Baca lanjut di Amanz .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.