Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas, Hasilnya Tetap Naik Cantik

Teringin nak makan kek tapi oven rosak atau di rumah memang tiada ketuhar. Supaya tetap boleh merasa, boleh bakar kek atas dapur gas saja.

Sebenarnya cara inilah juga yang diguna pakai oleh orang tua kita dulu untuk memasak kek. Jangan bimbang hasilnya tetap elok cantik dan gebu.

Cara buat kek marble bakar atas dapur gas 

 

Bahan-bahan:

1 cawan marjerin (cap Pelangi )
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu kecik esen vanilla
5 bijik telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah

Cara membuat:
  • Pukul gula bersama marjerin sampai kembang, masukkan esen vanilla dan susu cair.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul sampai sebati. Akhir sekali masukkan tepung yang sudah diayak.
  • Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan letak pewarna pada setiap satu adunan. Tuang adunan dalam loyang (corak ikut cita rasa).

 

Cara masak kek atas dapur gas
  • Ambil periuk besar yang boleh muatkan loyang, letak atas dapur. Masukkan loyang dalam periuk dan tutup periuk.
  • Masak dengan api yang kecil dalam 45 minit atau hingga kek masak.
Tip penting

1) Periuk perlu ditutup semasa membakar kek
2) Tak perlu letak air, kalau letak air jadi stim/kukus
3) Boleh letak alas bahagian dalam periuk dengan tudung periuk, pasir atau bahan yang tahan panas sebelum letak loyang kek.  Letak terus loyang dalam periuk pun boleh.

4) Kek masak dalam tempoh 45 minit, jika belum masak dalam waktu itu, tambah masa 5 ke 10 minit lagi.
5) Tak perlu panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau ada yang nak panaskan dulu, terserah.

Sumber: Nor Elyani Ramli

 

Comments

Leave a Reply