Buat Sendiri Pancake Gebu Gebas. Letak Mentega, Tuang Sirap Maple Sedapnya…

Sebelum isu boikot mungkin ramai kalangan kita yang selalu menikmati hidangan pancake di satu restoren makanan segera. Kalau teringin nak merasa kembali keenakan pancake ini apa kata buat sendiri saja di rumah.

Jika mahu pancake yang sama sedap dan gebu, boleh guna resipi yang dikongsi oleh Khairul Abdullah ini. Hidangkan bersama sirap maple dan mentega memang enak. Jimat pun jimat.

Buat sendiri pancake gebu gebas

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu butter dicairkan

Cara membuat

1. Mula-mula campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati. Kacau pakai sudu, atau  masukkan semua bahan dalam blender  dan kisar. Siap.

2. Panaskan kuali leper non-stick, api perlahan, sendukkan adunan atau batter tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.

3. Tunggu sampai penkek tu nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan lalu biar sampai kuning keemasan.

Siap dan hidangkan dengan butter dan maple syrup ke, madu ke, aiskrim ke, susu ke atau apa saja yang disukai.

Selamat mencuba!

Sumber: Khairul Abdullah.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply