Tahniah diucapkan buat pelakon, Intan Najuwa yang mengumumkan dirinya hamil anak pertama selepas mendirikan rumahtangga Ogos tahun lalu.
Menerusi Instagramnya, Intan memuat naik beberapa keping gambarnya bersama suami dengan menampakkan baby bump yang cukup jelas kelihatan.
“Rahsia kecil kami akhirnya terbongkar!
“Tak lama lagi kami akan bertiga,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Intan yang mengenakan busana kelabu bersama suami nampak cukup berseri dengan ‘baby bump’ yang comel.
Pelakon berbakat ini juga turut berkongsi video imbasan bayi dalam kandungannya. Comel.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan wargamaya turut teruja dan mengucapkan tahniah atas kehamilan itu.
Terdahulu, Intan Najuwa, dan suaminya, Datuk Azraf Azman mendirikan rumahtangga pada Ogos tahun lalu di sebuah resort di Desaru Coast.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini ๐๐ผhttps://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah ๐๐ป
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 ย untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.