Bekas pemain Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) tersohor tanah air, Soloz menyifatkan kemenangan team Selangor Red Giants (SRG) di Mid Season Cup (MSC) telah mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap industri e-sukan di Malaysia.
Kata Soloz atau nama sebenar Muhammad Faris Zakaria, beliau menitipkan harapan agar e-sukan di negara ini akan terus berkembang pesat sekali gus dapat diangkat sebagai salah satu sukan utama.
ARTIKEL BERKAITAN: Sekys Pemain Selangor Red Giants (SRG) Rancang Mahu Simpan Duit Dalam ASB Jika Menang MSC MLBB 2024
Kredit: Instagram ewc_en
“Kita dapat lihat jumlah hadiah sekarang pun sudah semakin naik dari zaman saya dulu dari RM50,000 hingga sekarang dah masuk angka berjuta.
“Perkembangan ini saya rasa akan bantu ekosistem (sukan) di Malaysia sebab ia melibatkan nama negara di pentas antarabangsa,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran minuman baru Kopi Saigon Dark System Series.
Dalam pada itu, Soloz ketika ditanya perkembangan dirinya yang terkini menyatakan beliau merancang menubuhkan pasukan MLBB bersama rakan kongsinya yang lain untuk bersaing dalam saingan Liga Profesional MLBB Malaysia (MPL MY) musim ke-14 yang akan membuka tirainya tidak lama lagi.
“Untuk musim depan saya dan pemegang taruh yang lain dah beli slot KGE. Kita hanya beli slot sahaja, bukan ambil alih pasukan itu.
“Jadi nama apa, atau senarai pemain akan diberitahu kemudian dan kita akan buat pengumuman dalam masa terdekat,” tuturnya lagi.
Terdahulu, SRG berjaya mengharumkan nama negara apabila menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan di kejohanan MLBB 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad lepas.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.