Bulan lalu China membuka ladang solar terbesar dunia dengan keluasan 100,000 pada bola sepak di Xinjiang. Kini menurut laporan ABC, China membina infrastruktur janakuasa solar dan angin bersamaan dengan membina 5 stesen janakuasa nuklear setiap minggu. Ini adalah berdasarkan laporan Climate Energy Finance (CEF) yang juga menunjukkan China berjaya mencapai sasaran tenaga lestari mereka 6.5 tahun lebih awal.
Secara keseluruhan stesen janakuasa solar dan angin baharu di China menjana 10 gigawatt tenaga elektrik setiap minggu. Dianggarkan menjelang penghujung 2024, keperluan tenaga China yang dijana menerusi sumber lestari akan melangkau yang dijana bahan api fosil. China mempunyai kelebihan berbanding negara lain kerana polisi kerajaan, pelaburan tinggi dan perkakasan untuk sumber tenaga lestari semuanya dibina di dalam negara.
Disamping itu China juga mempunyai ruang yang besar untuk membina ladang solar dan angin pada skala gergasi. Kawasan gurun di Xinjiang dan Mongolia menjadi lokasi yang sesuai untuk membina kedua-dua infrastruktur lestari. Di Malaysia kini tidak mempunyai kelebihan yang sama tetapi kerajaan sudah mula menggunakan permukaan empangan untuk membina ladang kuasa solar seperti di Manjung.
Baca lanjut di Amanz .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.