Tidak dinafikan ramai di antara kita yang selesa memakai selipar Jepun, lebih-lebih lagi ketika berada di rumah mahu pun di pejabat.
ARTIKEL BERKAITAN : Selipar Terpakai Milik Steve Jobs Dilelong, Harga Boleh Beli Sebuah Rumah
Tapi pernah tak korang membayangkan harga sepasang selipar Jepun ini lebih RM5,000? Ye benar! RM5,000 okay!
Selipar Jepun Harga Lebih RM5,000 Di Arab Saudi – “Patut Lah Pakai Ke Masjid Selalu Hilang”
Terbaru, kemunculan sepasang selipar Jepun yang dijual dengan harga ribuan ringgit di Arab Saudi telah menarik perhatian dan mengundang pelbagai reaksi warga maya di seluruh dunia.
Menurut laporan dari portal berita Indian Express, sepasang selipar Jepun ini dijual di Arab Saudi dengan harga lebih 4,500 riyal (kira-kira RM5,607.75).
Dalam sebuah video yang dikongsi oleh portal Kuwait Inside di laman Instagram, kelihatan sepasang selipar Jepun berwarna putih dengan tali dan tapak getah berwarna biru dipamerkan bersama beberapa pasang selipar lain yang berbeza warna.
Selipar Jepun yang mempunyai label harga 4,590 riyal (kira-kira RM5,719.91) ini dikeluarkan dari kabinet pameran dan ditunjukkan oleh penjual dengan penuh gaya seperti barangan berjenama.
Selipar tersebut kelihatan mudah lentur dan disertakan tapak yang anjal apabila ditekan, menambahkan lagi keunikan produk mewah ini.
Video tersebut telah menarik pelbagai reaksi dari warga maya yang tidak dapat mempercayai harga tinggi untuk sepasang selipar Jepun.
Perbincangan mengenai selipar ini telah menjadi topik hangat di media sosial, dengan ramai yang memberikan pandangan dan reaksi masing-masing terhadap harga yang luar biasa tinggi untuk produk yang kelihatan ‘biasa’ ini.
Tidak ketinggalan, warga maya Malaysia juga turut memberikan reaksi menerusi video selipar yang sama dikongsikan oleh salah seorang pengguna X, Jalal Misai.
“Patut lah kalau pakai ke masjid atau surau selalu hilang, mahal rupanya,” seloroh seorang lagi warga maya.
BACA LAGI : Koleksi Selipar Comel Yang Boleh Dibeli Secara Online Dengan Harga Murah
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.