Fizo Omar Bawa Maryam Tindik Telinga, “Sekejap Je Rasa Anak Dara Dah Cik Yam Ni”

Fizo Omar bawa Maryam tindik telinga, “Sekejap je rasa anak dara dah Cik Yam ni.” Kasih sayang seorang ayah kepada anak perempuannya adalah satu hubungan yang unik dan istimewa.

Fizo Omar Bawa Maryam Tindik Telinga, “Sekejap Je Rasa Anak Dara Dah Cik Yam Ni”

Seorang ayah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak perempuannya. Dengan memberikan kasih sayang, sokongan, dan bimbingan, seorang ayah dapat membantu anaknya membina keyakinan diri yang kukuh.

Anak perempuan yang merasakan kasih sayang ayahnya cenderung mempunyai pandangan yang positif terhadap diri mereka dan dunia di sekeliling mereka. Ini kerana mereka tahu bahawa ada seseorang yang sentiasa menyokong mereka walau apa pun yang terjadi.

Bagi Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, sungguhpun telah berpisah dengan Mawar Karim, hubungan dengan anak perempuannya, Wan Maryam tetap rapat.

Melalui satu hantaran di laman Instagramnya, Fizo Omar berkongsi momen membawa anak perempuannya, Wan Maryam, 5 tahun bertindik telinga. Anak keduanya hasil perkahwinan bersama Fazeera juga turut ingin bertindik telinga.

“CIK YAM DAH PANDAI NAK MELAWA SI ADIK PUN NAK JUGAK.”- TULIS FIZO DI RUANGAN KAPSYEN.

Hantaran Fizo mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.

Sekadar info, Fizo adan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan anak sulung Wan Khaleeda yang kini berusia dua tahun. Manakala anak keduanya, bernama Wan Humaira.

Fizo sebelum itu pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim namun berpisah pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber: Instagram Fizo Omar

Baca artikel lain juga:  Fizo Omar Dan Isteri Berkongsi Wajah Anak Kedua, Wan Umaira Jadi Nama Pilihan

Betul-betul Rapat Jarak Ini -Netizen Ucap Tahniah, Fizo Omar Bakal Timang Anak Ketiga!

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply