Pelawak veteran, Sathiya, 60, mengalami serangan angin ahmar ringan dan kini dilaporkan stabil serta dijangka pulang ke rumah hari ini, menurut anak sulungnya, Vickynesawwry Nayar.
Sathiya mengadu kebas kaki dan tangan kanan pagi semalam serta kesukaran mengimbangi badan ketika sarapan di rumah.
Sathiya dibawa ke klinik kesihatan di Sri Rampai, Setapak, dan didapati mengalami tekanan darah rendah. Beliau dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dimasukkan ke Zon Merah. Keadaan Sathiya kini stabil selepas diberi antibiotik dan dijangka pulang petang ini.
Sathiya juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi yang terkawal. Beliau mula menceburi bidang seni sekitar tahun 1985 dan terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Fakta Tentang Angin Ahmar
Angin Ahmar via Facebook KKM
- Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia.
- Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.
- Jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.
- Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
- Strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.