Seperti yang kita sedia maklum model dan pelakon yang kini juga bergelar usahawan, Yatt Hamzah memang sudah lama melakukan penghijrahan dengan memilih penampilan sesuai sebagai seorang wanita Muslimah.
Justeru, melihat kisah beberapa selebriti yang sudah tidak lagi berhijab, Yatt turut memberi nasihat serta pesanan berhubung isu ini.
Terdahulu, Yatt Hamzah pernah memuatnaik posting di media sosial memberikan beberapa nasihat berguna kepada orang ramai, selepas ramai yang bertanya padanya bagaimanakah cara yang dilakukanya untuk istiqamah selepas hijrah.
Istiqamah Selepas Hijrah
Menerusi hantaran berkenaan Yatt mendedahkan bahawa dia kerap menerima soalan berhubung istiqamah.
“Ramai sangat yang tanya, “Macam mana boleh Istiqamah lepas Hijrah?” “Susah tak nak istiqamah?”
“Jawapannya, nak berubah jadi baik pun dah susah. Nak istiqamah lagi lah susah,” jelas Yatt.
Nak Berubah Kena Berkorban
Bagaimanapun, Yatt berkata jika kita mendambakan ‘istiqamah’ kita haruslah berusaha dan menetapkan hati serta pendirian untuk ke arah itu. Ini termasuklah dengan rela melakukan pengorbanan seperti meninggalkan zaman lampau serta kejahilan.
Malah, jika disoal adakah Yatt pernah terdetik untuk kembali ‘Free Hair’, ini respon yang diberikan oleh pelakon filem Impak Maksima itu.
“Ada tak rasa nak buka tudung balik? Allahu dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi..” tegas ibu kepada empat cahaya mata itu.
Caranya Bukan Mudah
Caranya bukan mudah tapi pengakhirannya pasti indah. Ramai yang juga tertanya-tanya figura ini yang mempunyai susuk tubuh yang lampai, sentiasa senyum pasti mudah untuk berhijrah apatah lagi dikelilingi wanita-wanita yang baik penampilannya.
Namun akui Yatt ianya bukan mudah, apa yang pasti perlu cari kawan-kawan yang benar-benar soleh dan solehah.
Nak Hijrah Jangan Mengalah
Hijrah dan istiqamah memang tak mudah tapi jangan pernah Mengalah. Perlu ingat misi untuk berubah kerana Allah, apatah lagi dugaan dan nikmati dunia yang Allah beri tidak pernah salah alamat kepada insannya.
Yatt Hamzah mendoakan mereka yang ingin berubah, agar sentiasa kuat dengan dugaan yang datang. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik, tidak perlu menghentam patah lagi memandang rendah pada mereka sesuka hati. Gunakan kasih sayang yang Rasulullah ajarkan, insyallah kita semua dimasukkan ke syurga bersama-sama.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber Foto: Facebook Yatt Hamzah
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.