Baru-baru ini, sejarah tercipta apabila pasukan e-Sukan remaja negara, Selangor Red Giants (SRG) dari Malaysia dinobatkan sebagai juara Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MLBB), MSC 2024.
Penantian pasukan SRG selama tujuh (7) tahun itu berjaya ditamatkan pada aksi perlawanan final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi itu, SRG mengenepikan saingan juara bertahan dari Filipina iaitu Team Falcons AP Bren Sport dengan keputusan 4-2.
Kredit: Instagram ewc_en
Menurut laporan, pasukan SRG menggunakan format ‘best of sevens’ itu, AP Bren seperti dijangka tampil dengan permainan kemas pada ‘game’ pertama, dengan ‘jungler’ KyleTzy atau Michael Angelo Sayson dan ‘gold laner’, ‘Super Marco’ atau Marco Stephen Requitiano yang menggunakan hero ‘Hayabusa’ dan ‘Roger’ menjadi penggerak untuk mereka mendapatkan kemenangan.
Dalam pada itu, menerusi sebuah video yang tular di aplikasi Tiktok. Salah seorang pemain SRG, Sekys yang ditemu bual memberitahu mengenai perancangannya jika memenangi perlawanan tersebut telah menarik perhatian orang ramai.
Kredit: Tiktok Ombonghaha
Pemain SRG, Sekys yang kini berusia 18 tahun ditanya soalan apakah yang dia akan lakukan jika menjadi juara jika memenangi wang kemenangan tersebut.
Sekys menjawab, dia akan menyimpannya kerana usianya yang masih muda. Malah, ketika ditanya sama ada dia akan membeli kereta dan Sekys memberitahu itu mungkin perancangan pada masa akan datang, yang pasti ia bukan dalam masa terdekat.
“Kalau menang, saya rasa saya akan simpan sebab saya muda lagi. Beli kereta semua itu, later punya plan kut”
“For now memang nak simpan je dalam ASB. Kalau korang champion ke apa jangan terus rasa selesa comfort, teruskan hard work dan jangan give up”
Woah! Memang bagus betul perancangan Sekys, lebih baik menyimpan sekarang untuk kemudahan masa hadapan kan!
Untuk pengetahuan, Selangor Red Giants (SRG) selaku pemenang MSC edisi 2024 turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4.7 juta selain trofi MSC.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.