Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa, penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa mengakui pernah terfikir untuk berkahwin lagi selepas 15 tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.
Namun sehingga kini Rossa, 45, masih belum menemui orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Datuk Seri Rossa Pernah Rasa Nak Kahwin
“Ada (terfikir untuk berkahwin semula). Cuma saya belum jumpa orang yang sesuai. Saya tidak mahu gagal lagi,” katanya.
Rossa berkongsi perkara itu menerusi program bual bicara Curhat Bang yang disiarkan di YouTube Denny Sumargo pada Isnin.
Ditanya hubungannya dengan Afgan, Rossa memberitahu mereka lebih selesa berkawan rapat rapat.
Namun mengakui pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga bersama.
“Pada mulanya, saya dan Afgan berkawan. Cuma lama-kelamaan kami menjadi rapat. Nak kata bercinta itu tidaklah, tapi kami berkawan rapat.
“Kami tidak pernah terfikir… ‘baiklah, mari kahwin sahaja.’ Mungkin ada kalanya kami mempunyai pemikiran itu, tetapi kami tidak ke arah sana,” jelasnya.
Anak Tidak Campur Tangan
Sementara itu, anak Rossa iaitu Rizky memberitahu dia tidak pernah masuk campur urusan ibunya mahu mencari teman hidup.
Malah, dia tumpang gembira jika Rossa menemui kebahagian sendiri.
“Ia bukan urusan saya, tetapi apa sahaja yang menggembirakan dia akan menggembirakan saya,” katanya.
Untuk rekod Rossa mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Yoyo Padi pada 18 Mac 2004 dan bercerai pada 14 Julai 2009.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 18 tahun.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.