Bekas Ratu Skuasy, Datuk Nicol David Dilantik Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia

Jika dilihat 28 tahun lalu, Datuk Nicol David iaitu bekas ratu skuasy negara merangkul kejuaraan Terbuka Junior Scotland  di Universiti Heriot-Watt di Edinburgh, Scotland dan ia merupakan titik perubahan penting dalam kerjayanya, mendorongnya mencapai kejayaan besar, termasuk dominasi dunia selama 109 bulan berturut-turut dan lapan gelaran juara dunia.

Terbaru, sejarah mencatat Datuk Nicol, yang kini berusia 40 tahun, kembali ke Universiti Heriot-Watt dengan peranan baru dimana beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia pada 14 Julai lalu yang akan bertindak sebagai duta universiti.

Datuk Nicol berkata, beliau amat berterima kasih atas pelantikan ini, dan akan menyoroti komitmen universiti untuk menyediakan pendidikan inklusif dan berkualiti.

Kredit: Bernama

Beliau sekaligus bangga dapat menyokong matlamat universiti untuk membuka pintu pendidikan kepada semua orang di Malaysia, United Kingdom, Dubai, dan seluruh dunia.

“Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada tumpuan berterusan untuk memastikan pintu universiti ini sentiasa terbuka untuk semua orang, di Malaysia, United Kingdom, Dubai dan seluruh dunia”

“Saya menyedari bahawa pendekatan universiti terhadap pendidikan berasaskan matlamat ini sangat selaras dengan prinsip saya, dan ini bermakna universiti akan membolehkan pelajar-pelajarnya dilengkapi secara intelektual, emosi, budaya dan etika bagi menggerakkan matlamat mereka ke arah impak positif kepada dunia”

Dalam pada itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu juga berhasrat untuk memberi inspirasi kepada generasi masa depan, mendorong mereka untuk bercita-cita tinggi dan berusaha mencapai impian mereka.

Tambahnya, beliau berharap dapat bekerjasama dengan universiti untuk mencapai misi pendidikan dan penyelidikan yang bermanfaat bagi negara.

Menurutnya lagi, sebagai seorang penganjur kemanusiaan, beliau berharap dapat mendorong orang lain untuk berbuat baik dan berperilaku rendah hati, memaksimumkan potensi mereka.

Kredit: Bernama

“Saya adalah seorang penganjur kemanusiaan dan tujuan saya adalah menggalakkan orang lain berbuat baik dan bersikap rendah diri agar mereka mencapai potensi penuh”

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Heriot-Watt Prof Richard A. Williams, yakin bahawa pelantikan Nicol membawa dimensi baharu dalam kepimpinan komuniti universiti mereka dan akan memberi dorongan kepada pemimpin masa depan.

Prof Mushtak Al-Atabi, Provost dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Heriot-Watt Malaysia optimis bahawa pelantikan Nicol itu berupaya membuka jalan untuk mempromosikan sukan di kampus dan mungkin menawarkan biasiswa kepada atlet lelaki dan perempuan Malaysia yang melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Sumber: Bernama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply