5 Lokasi Menarik “Ride Layan Corner” di Pahang

Pahang memang lokasi terbaik untuk rider motosikal yang suka “Ride Layan Corner” dan nikmati keindahan alam.

Kalau anda semua tengah mencari lokasi lepak yang best hujung minggu ini, jom tengok 5 cadangan lokasi ride layan corner di Pahang ni!

1. Lebuhraya Karak

Lebuhraya Karak adalah laluan utama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke pantai timur. Dengan selekoh-selekoh yang mencabar dan jalan raya yang baik, ia adalah laluan yang popular untuk rider motosikal.

Kredit Foto : Website pahangmedia.my

Pemandangan hutan dan perbukitan di sepanjang jalan membuatkan perjalanan lebih menarik dan mengasyikkan.

Selain itu lebuhraya yang lebar dan luas menjadi salah satu faktor lokasi laluan ni sesuai untuk layan corner.

2. Genting Highland

Genting Highland bukan setakat tempat pelancongan sahaja, tapi juga destinasi ride yang padu. Dengan cuaca yang agak sejuk, ride pun tidak berpeluh.

Kredit Foto : Facebook ASEAN Skyline

Jalan ke sini penuh dengan selekoh tajam dan pemandangan gunung yang memang cun habis. Memang perfect untuk anda yang suka cabaran!

3. Bukit Tinggi

Bukit Tinggi, terletak berhampiran Genting Highland, adalah satu lagi destinasi popular untuk rider.

Jalan menuju ke sini menawarkan selekoh yang mencabar dengan pemandangan indah hutan hujan tropika.

Di Bukit Tinggi, anda boleh singgah di Colmar Tropicale, sebuah resort yang menyerupai perkampungan Perancis yang unik.

Tempat ni memang sesuai untuk rehat seketika sambil menikmati suasana tenang.

4. Bukit Fraser

Bukit Fraser ni port klasik untuk rider.

Kredit Foto : Website Tratenor

Jalan sempit dan berliku, pemandangan hutan hijau, memang best.

Ride kat sini memang cabar skill anda semua. Sampai puncak, udara sejuk dan pemandangan cantik menanti.

5. Cameron Highland

Cameron Highland terkenal dengan ladang teh dan cuaca sejuk. Laluan ke sini penuh selekoh tajam dan jalan berbukit, memang syok!

Kredit Foto : Website goingplaces.malaysiaairlines

Boleh berhenti sekejap minum teh sambil nikmati pemandangan ladang teh yang luas.

Terdapat 2 laluan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai. Bagi anda yang berkemahiran layan corner boleh menggunakan laluan Tapah kerana laluannya agak sempit dan selekoh yang begitu tajam.

Tip Ride Dengan Selamat

1. Patuhi Had Laju

  • Sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan. Had laju bukan sahaja ditetapkan untuk keselamatan anda tetapi juga untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

2. Pakai Pakaian Keselamatan

  • Pakai topi keledar yang diluluskan dan sesuai dengan saiz kepala anda.
  • Gunakan jaket, sarung tangan, dan kasut yang sesuai untuk melindungi badan anda daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

3. Jaga Jarak Selamat

  • Pastikan anda mengekalkan jarak selamat antara anda dan kenderaan di hadapan. Ini memberi anda ruang untuk bertindak balas sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka.

4. Periksa Keadaan Motosikal

  • Sebelum menunggang, pastikan motosikal anda dalam keadaan baik. Periksa tayar, brek, lampu, dan minyak enjin secara berkala.

5. Elakkan Menunggang Dalam Keadaan Penat

  • Jangan menunggang jika anda letih dan mengantuk.
  • Keadaan ini boleh mengurangkan keupayaan anda untuk memberi tumpuan dan bertindak balas dengan cepat jika ada sebanrang kecemasan.

6. Patuhi Isyarat Lalu Lintas

  • Sentiasa patuhi isyarat lalu lintas. Jangan melanggar lampu merah atau tanda berhenti. Ini boleh menyebabkan kemalangan yang serius.

7. Gunakan Laluan yang Betul

  • Gunakan laluan motosikal yang disediakan jika ada. Elakkan menunggang di lorong yang dikhaskan untuk kenderaan lain.

8. Waspada Pada Kenderaan Besar

  • Berhati-hati apabila berada berdekatan dengan kenderaan besar seperti lori dan bas. Kenderaan besar mempunyai titik buta yang besar, jadi pastikan anda sentiasa berada dalam penglihatan pemandu kenderaan tersebut

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply