Ayam Goreng Kicap Ala 3 Budak Gemok, Padu Rasa Dia. Tak Cukup Nasi Sepinggan

Ayam Goreng Kicap dimasak persis 3 Budak Gemok ni memang padu rasa dia. Nak buatnya senang sangat dan yang pasti makan lauk macam ni tak cukup nasi sepinggan.

Paling penting kicap dengan ayam goreng tu sekata dengan bawang dan bahan lain. Dah bersalut cantik tu mesti ngam rasa dia.

Resipi yang dikongsikan ini cukup mudah untuk anda ikuti. Bolehlah cuba nanti.

Ayam Goreng Kicap Ala 3 Budak Gemok

Bahan-bahan:

Ayam – dipotong kecil

Bawang besar *

Bawang putih*

Cili padi*

Daun kari*

Halia*

Sos tiram

Kicap manis

Cara Memasak:

  1. Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
  2. Tumbuk atau kisar bahan bertanda
  3. Tumis bahan tumbuk/kisar menggunakan minyak menggoreng ayam tadi. Tunggu sehingga bahan garing
  4. Masukkan 3 sudu besar sos tiram. Kacau sebati.
  5. Masukkan pula kicap manis, yang ni bergantung kepada ayam dan bahan tumbuk tadi. Jangan terlalu sedikit. Tumis sekata dengan bawang.
  6. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul sebati.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Nota:

Tak perlu letak garam kerana sos tiram sudah masin. makan dengan nasi panas dan sambal gesek memang sedap.

Kredit: Suraya Cheeszif

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Ayam Goreng Kicap Cili Padi, Luar Biasa Rasanya Pedas-pedas Manis Berapi. Memang Mantap!

Gulai Tempoyak Ayam, Ikut Resipi Orang Perak. Sesuai Jadi Menu Musim Durian Ni!

Asam Pedas Ayam, Lebih Pekat & Sedap. Memang Padu!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Comments

Leave a Reply