Kelebihan Buat Sendiri Serbuk Kunyit. Bau Lebih Wangi, Warna Pun Lebih Cantik

Ramai yang menanam pokok kunyit di laman rumah memandangkan bahan ini banyak digunakan dalam masakan. Jika pokok kunyit sudah membiak banyak apa kata tuai dan buat sendiri serbuk kunyit.

Serbuk kunyit yang dihasilkan sendiri sememangnya ada kelebihan, dah tentu asli, tak menggunakan pengawet dan bahan kimia lain. Caranya boleh ikut seperti dikongsi oleh Sue Tiez yang turut menghasilkan sendiri serbuk kunyitnya.

Buat sendiri serbuk kunyit

Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan cuba buat serbuk kunyit sendiri. Inilah hasilnya. Dapatlah satu botol serbuk kunyit dari isi kunyit yang tak seberapa jumlahnya itu.

Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan asli.

Cara buat:

1. Cuci bersih kunyit, guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.

2. Potong nipis-nipis dan jemur hingga kering di bawah panas matahari. Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh.

3. Selepas kunyit betul-betul kering gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan kisar kunyit tadi sampai halus.

4. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang beberapa kali proses ini sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.

Inilah hasilnya.

Selamat mencuba.

Sumber: Sue Tiez

 

Comments

Leave a Reply