Kuih Sagu Pandan Sedap, Kukus Macam Ni Memang Lembut

Kuih Sagu Pandan ni antara kuih yang paling mudah nak buat tapi ramai juga yang tak tahu. Ada yang cuba, tapi kuihnya jadi terlalu keras, terlalu lembik dan tak sedap. Jangan susah hati kerana RASA kongsikan resipi Kuih Sagu mudah buat anda. Resipi ni perkongsian saudari Shai Anne Ahemed pasti menjadi. Tak lembik dan nampak elok je. Paling best sagu tak perlu kukus terlebih dahulu. Boleh terus masak. Jom cuba. Hanya guna 3 bahan sahaja. Jika nak guna pewarna rose pun boleh. Selamat mencuba!

RESIPI KUIH SAGU PANDAN YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
½ cawan sagu beli online disini
5 sudu makan gula
Kelapa parut secukupnya ( gaul dengan sedikit garam & kukus sekejap)
CARA MEMASAK:

1. Bilas sagu dan rendam dengan pewarna pandan atau rose selama 1 jam 30 minit.

2. Bila cukup masa, toskan dan letak sagu dalam satu bekas.
3. Tambah gula ke dalam sagu dan gaul sebati.

4. Sudukan sagu ke dalam acuan dan kukus selama 25-30 minit.

5. Bila sagu sudah masak, keluarkan dari acuan dan gaul dalam kelapa.

6. Kuih Sagu Pandan siap dan sedia untuk dinikmati.

NOTA: Kuih ni tahap kemanisannya hanyalah manis-manis buah sahaja. Jika suka kuih yang lebih manis, tambah sedikit lagi gula.
Sukatan ini akan dapat dalam 30 biji kuih.

 

Kredit resipi & foto: Shai Anne Ahemed

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Comments

Leave a Reply