Ayda Jebat Berhasrat Adakan Konsert Sulung -“Kenapa Tidak Kita Belanjakan Untuk Konsert Sendiri…”

Pelakon dan penyanyi,  Ayda Jebat akui berpuas hati meraih kedudukan naib juara di pentas akhir The Hardest Singing Show (THSS).

Menurut penyanyi lagu popular Nakal Nakal Nakal, dia sama sekali tidak kisah untuk mendapat kedudukan apa sekali pun kerana cukup baginya apabila berjaya menyempurnakan persembahan pada malam tersebut.

“Kalau ikutkan, pada malam final ini, saya dapat tempat ke berapa pun saya tak kisah. Bila sudah dapat dua tugasan yang agak susah dengan jayanya tanpa ada kecederaan, itu sudah dikira satu kemenangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Kecewa, Terkilan Sikap Dengki Rakan Industri -“Rupa-Rupanya Ada Yang Tak Puas Hati…”

“Nak menjayakan satu persembahan dengan baik pun dah susah, nak buat dua persembahan dengan orang lain yang juga punyai kelebihan dan kekurangan juga sangat mencabar.

“Malah, kita juga perlu cari keserasian. Semalam Aisha Retno cedera. Gimik kami sepatutnya lain. Saya tak boleh nak paksa dia. Tapi dia tetap nak buat stunt yang agak susah. Bila kami berjaya buat, rasa seperti sudah menang,” katanya kepada Remaja.

Diminta mengulas mengenai komen ketua juri Edry Abdul Halim yang menyifatkan konsep persembahan solonya yang kurang menyerlah, Ayda memaklumlan dirinya berusaha untuk keluar daripada zon selesa.

“Adat pertandingan, ada yang menang dan kalah. Apa yang saya belajar di program ini, kita kena beli jiwa juri dan penonton. Apa yang saya persembahkan tadi, saya nak tunjukkan tahap paling susah dengan membawa budaya orang lain.

“Kalau nak senang, saya nanyi lagu dangdut sahaja. Mungkin malam ini rezeki Epul. Dia buat dengan sangat baik dan layak untuk menang. Dalam pertandingan, bila rehearsal, kita nampak persembahan mereka biasa sahaja tapi bila hari konsert, persembahan mereka gempak. Kita tak boleh agak,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kecewa Putera Muhammad Peroleh Tempat Kelima, Juri Tampil Jelaskan Sebabnya

Dalam pada itu,penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut mendedahkan fokusnya kini adalah untuk mengadakan konsert sulungnya pada masa akan datang.

“Sasaran saya selepas ini adalah untuk mengadakan konsert sendiri. Kenapa tidak kita belanjakan untuk konsert kita sendiri dan kita juga dapat hasilnya.

“Jadi, saya berharap dengan apa sahaja persembahan yang telah saya tunjukkan sepanjang menyertai pertandingan, orang di luar sana akan beli tiket,” tuturnya.

Sebelum ini, Ayda telah diumumkans sebagai naib juara THSS musim pertama. Kemenangan tersebut membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai RM20,000, pakej pelayaran dan trofi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

, , , , ,

by

Comments

Leave a Reply