Kita ni bila dapat pergi ke kedai kosmetik, seronok sungguh tengok dereten pilihan alat solek yang ada. Kalau boleh, semuanya kita nak cuba sebelum beli yang mana berkenan di hati. Salah satunya gincu kan, rambang mata bila tengok pelbagai warna menarik yang ada. Satu-satu kita nak cuba, sebab nak cari warna yang paling elok di bibir kita.
Dah jadi kebiasaannya, kita akan cuba secara terus tester gincu ke bibir. Sebenarnya tabiat itu tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan herpes! Jika dilihat di portal WHO, herpes atau Herpes Simplex Virus (HSV) adalah jangkitan yang boleh menyebabkan kesakitan seperti ulser.
Jangkitan ini merebak melalui sentuhan kulit ke kulit. Bagi menjelaskan tentang jangkitan herpes yang berlaku biarpun seseorang wanita tu belum berkahwin, Dr Rusydina telah membuat satu posting di media sosialnya berkaitan topik ini.
Dr Rusydina melarang untuk orang ramai mencuba tester gincu yang dipamerkan di kauter kecantikan terus ke bibir. Dia turut memberitahu adalah tidak disarankan untuk berkongsi sudu, garpu, botol minuman atau straw dengan orang lain.
Tambah doktor lagi, herpes ada dua jenis iaitu HSV-1 dan HSV-2. Hsv-1 Herpes memang berjangkit pada bahagian mulut dan turut dikenali sebagai ‘Oral Herpes’. HSV-2 pula menjangkiti alat kelamin atau nama lainnya ‘Genital Herpes’.
Tonton video ini;
@dr.rusydina Replying to @hardin69 oral herpes ada ubat tak? Saya share tentang herpes simplex virus type 1. Video saya share pasal std tu kat sini @Dr Rusydina #herpes #oralherpes #hsv #hsv1 #herpessimplex #coldsore #medicaltiktok #doctorsoftiktok ♬ original sound – Nhạc Thư Giãn Giảm căng thẳng
Biarpun HSV-1 berjangkit di bahagian mulut, ia dikelaskan sebagai STD (Sexually Transmitted Infection) atau jangkitan seksual kerana ia juga boleh terkena pada alat kelamin.
“Walaupun herpes virus type one tu dia banyak dekat mulut, ia juga boleh menjangkiti genital area dan daripada genital boleh juga menjangkiti mulut. Kau fikirlah sendiri macam mana daripada atas boleh turun bawah kat bawah boleh naik ke atas.”
Kata Dr Rusydina, ciri-ciri sekiranya seseorang dijangkiti herpes boleh dilihat ada tanda seperti ulser di sekeliling bibir. Bukan sekadar boleh merebak melalui hubungan seks, herpes juga boleh berjangkit jika seseorang yang mempunyai penyakit ini makan atau minum dan kemudian ada orang lain menggunakan sudu dan straw yang sama, maka virusnya boleh merebak.
“Yes, memang betul you boleh kena herpes walaupun tak pernah buat hubungan kelamin. Masalahnya herpes ni adalah jangkitan yang once you dah kena virus tu akan stay dalam badan walaupun ulser tu dah baik.”
Berkongsi tentang simptom herpes untuk pertama kali jangkitan, Dr Rusydina memberitahu seseorang mungkin mengalami demam, sakit kepala, ulser di bibir atau dalam mulut.
Kata doktor ini lagi, jika sistem imunisasi seseorang itu lemah dan dia mengalami demam atau sakit kepala virus herpes ini boleh menyebabkan berlaku ulser pada bibir atau dalam mulut. Rawatan untuk ‘Oral Herpes’ adalah ubat antivirus atau krim antiviral untuk sembuhkan ulser tetapi ia bukan untuk menghilangkan terus virus itu dalam badan.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.