Menu Ayam Goreng Kunyit ini tentunya digemari ramai. Resipinya cukup mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Anak-anak tentunya suka malah orang dewasa juga menggemarinya. Isi ayam yang digoreng garing dan dimakan panas-panas, memang enak! Malah Ayam Goreng Kunyit versi yang dikongsi oleh saudari Roha Adrinna ini juga tak keras. Nak lagi padu? Nikmati bersama telur dan kicap cili potong. Pasti bertambah nasi di pinggan. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM GORENG KUNYIT SEDAP & TAK KERAS
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam
Serbuk kunyit
Cili kering kisar secukupnya – beli online disini
Sedikit serbuk kari – beli online disini
Tepung jagung secukupnya – beli online disini
Sedikit serbuk cukup rasa
Hirisan kacang panjang
Hirisan cili
Hirisan bawang merah @ lada benggala
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam bersama serbuk kunyit, tepung jagung, cili kisar, serbuk kari dan cukup rasa. Gaul rata dan perap dalam 30 minit.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng guna api kecil. Kalau nak lembut isinya, jangan goreng garing. Angkat.
3. Seterusnya dalam kuali sama, masukkan hirisan kacang panjang. Goreng sekejap. Bila Nampak layu, angkat.
4. Tumis bahan-bahan hiris tadi iaitu cili merah, bawang merah dan lada benggala hingga wangi.
5. Tambahkan sedikit serbuk cukup rasa dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng serta kacang panjang.
6. Gaul sebati dan rasa. Jika tak masin, letak sedikit garam.
7. Ayam Goreng Kunyit sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Roha Adrinna
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.