Mee Berwarna Merah Jambu Jadi Tarikan! Penggemar K-Pop Jatuh Cinta Hidangan “Kahwin” Korea & Indonesia

Pernahkah anda menikmati mee berwarna merah jambu? Jika tidak, inilah peluang untuk menikmati keunikan mee berona merah jambu yang mempunyai elemen Korea.

Mie Ayam Bakso Bogor, sebuah kiosk berkonsepkan makanan street food popular Indonesia  kini menambahkan sentuhan K-Pop dalam menu mereka dengan memperkenalkan Set K-Pop yang baharu. Set ini bakal  memikat para penggemar K-Pop serta pencinta makanan yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan segar.

Mie Ayam Bakso K-pop kini boleh didapati di semua empat cawangannya di sekitar Lembah Klang iaitu di Citta Mall, Aeon Mall Shah Alam, Aeon Mall Setia City Mall dan Aeon One Utama.

Dua Budaya Bergabung

Set K-Pop dari Mie Ayam Bakso Bogor mencakupi beberapa elemen yang diinspirasi oleh budaya pop Korea, yang menyatu harmoni dengan kekayaan rasa hidangan Indonesia. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan seperti kimchi, yang dikenal dengan rasa pedas dan asamnya, serta tambahan topping seperti hirisan daging  serta perapan Korea yang istimewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita)

Menurut pengasasnya, Datuk Abd Rahman Soltan menu istimewa itu  didatangkan dengan mi berwarna merah jambu sebagai tarikan utama  kepada pelanggan terutamanya peminat K Pop yang sentiasa mencari kelainan.

“Penggemar budaya K-pop ini sebenarnya terdiri dari pelbagai kriteria. Ia tidak terhad pada bidang muzik dan fesyen semata-mata, malah makanan turut tidak terkecuali. Terlibat dalam industri F&B, saya yakin kreativiti dan inovasi amat penting untuk menarik perhatian pelanggan. Jadi, saya rasa kehadiran mie berwarna merah jamu dalam menu K-pop ini memeriahkan lagi kepelbagai kulinari makanan di Malaysia.

ia bakal menjadi pilihan penggemar K-pop apabila melihat mi tersebut berwarna merah di samping menggabungkan keaslian rasa dalam makanan.

Sementelah bercerita mengenai inovasi terbaharu dalam hidangan yang ditampilkan, Datuk Abd Rahman berkata pihaknya masih  mengekalkan ciri khas makanan sedia ada iaitu bahan yang digunakan dibuat sendiri di dapur utama serta melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D)  dalam tempoh empat bulan sebelum diluncurkan khas buat para penggemar hidangan berasaskan mee ini.

Berkongsi lanjut, perniagaan yang dijalankan sejak dua tahun lalu, ia berkonsepkan kiosk yang mengetengahkan street food seperti berada di Indonesia. mengambil inspirasi dari pengembaraannya ke luar negara, Dato Abd Rahman berkongsi keunikan hidangan jalanan tersebut diterjemahkan untuk konsep Mie Ayam Bakso Bogor di Malaysia.

“Saya suka mengembara dan antara destinasi yang sering dikunjungi ialah Indonesoa. Di Indonesia, makanan mi ayam dan bakso ini kebanyakannya dijual di pinggir jalan. Ia memang popular dengan konsep perniagaan sebegitu. Jadi, apabila saya membuka perniagaan ini saya mahu mengekalkan ciri asal seperti street food,” katanya seraya mengakhiri perbualan.

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply