Sempena Fenomena Istiwa A’dzam, Semak Arah Kiblat Rumah Masing-Masing

Sememangnya tiada dalil atau hadith yang menyatakan arah mana sesebuah rumah harus didirikan tetapi sebagai seorang muslim. Kediaman kita haruslah dapat memenuhi setiap keperluan penghuninya yang beragama Islam.

Ini termasuklah keperluan melakukan ibadat solat fardhu mahupun solat sunat.  Hal ini bertujuan untuk memudahkan penghuni dan tetamu beribadah tanpa perlu berasa ragu-ragu atau tercari-cari arah kiblat yang betul.

Sempena fenomena Istiwa A’dzam yang akan berlaku petang ini, bagi yang mahu menyemak arah kiblat di kediaman atau premis masing bolehlah berbuat demikian.

Istiwa A’dzam berlaku pada hari ini 15 Julai 2024, Isnin bersamaan 9 Muharram 1446H jam 5:27 PM (waktu Malaysia).

Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Panduan semak arah kiblat

“Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.

“Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.

“Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim (mst.sirim.my),”demikian penerangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Facebook mereka.

Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing. (tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet di sekitarnya).

IMPIANA : Semoga bermanfaat kepada semua pemilik kediaman yang beragama Islam.

Artikel Menarik:Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply