Pasangan selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz membuka kedai pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur.
Neelofa Ingin Bersara Hanya Mahu Jadi Suri Rumah
Pembukaan kedai pertama mereka yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha itu merupakan hadiah buat peminat dan orang ramai yang sentiasa menyokong produk itu.
“Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif pelbagai pihak, terutamanya peminat yang tak henti menyokong.
“Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami secara fizikal, selain kaedah pembelian dalam talian,” katanya
Menurut Neelofa, segala urusan pengurusan dan pemilihan lokasi kedai Nunha adalah merupakan keputusan suaminya.
“Segala keputusan dibuat oleh Haris, saya hanya duduk di rumah jaga dan masak untuk anak-anak dan suami.
“Alhamdulillah, saya suka jadi suri rumah, menjaga anak dan melihat anak-anak saya membesar di depan mata” kata Neelofa.
Sementara itu, PU Riz berkongsi mereka dalam perancangan untuk membuka cawangan lain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.
“Insya-Allah, Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, kami sedang usahakan, jadi doa-doakanlah sebab orang Kelantan sukakan produk kami.
“Lagipun kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik terutamanya seperti baju dan The Kaabah,” katanya.
Neelofa enggan panjangkan kontroversi promosi produk berbaur lucah
“Saya fikir komen dan penjelasan lanjut tidak diperlukan lagi sebab takut jadi panjang cerita. Daripada pihak jenama terbabit sudah membuat permohonan maaf. Kita sudah akui apa yang perlu.
“Saya fikir itu sudah ada ‘fullstop’ (noktah atau penamat). Jadi, ‘move on’ (teruskan) pada fasa yang seterusnya. Saya fikir lebih baik kita tidak bercakap soal itu,” katanya apabila ditemui pada majlis pembukaan kedai Nunha yang pertama di pusat beli belah Mytown, Cheras.
Neelofa mengakui kontroversi itu memberi pengajaran buat dirinya, namun, tidak mahu memanjangkan ulasan berhubung perkara itu.
“Iya pengajaran, tetapi, tiada ulasan lain,” katanya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.