Siapa tak kenal dengan chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan. Bukan sahaja hebat di dapur, malah dia terkenal dengan kelancangannya dalam menyuarakan pendapat.
Baru-baru ini, Chef Wan menjadi mangsa penipuan seorang kontraktor yang diberi tanggungjawab melakukan kerja ubah suai kediaman Allahyarham ibunya di Raub, Pahang.
Kerja Pengubahsuaian Terbengkalai
Redzuan atau mesra disapa Chef Wan berkata dia terkejut apabila kerja-kerja pengubahsuaian yang sepatutnya siap Mei lalu terbengkalai sehingga ke hari ini sekali gus tidak dapat lagi menahan sabar.
“Bila proses ubah suai bermula pada Februari, kontraktor ini janji untuk siapkan rumah arwah ibu saya selewat-lewatnya sehingga Mei. Sekarang dah terlebih dua bulan dan sampai sekarang tak siap, saya bagi lagi masa sampai 31 Julai ini.
“Tapi alangkah terkejutnya saya selepas dua minggu saya datang semula, masih tiada ‘progress’ (perkembangan)!” luahnya.
Dah Bayar 80 Peratus Kos Pengubahsuaian
Walaupun sudah membayar 80 peratus kos pengubahsuaian itu, Chef Wan turut mendedahkan kontraktor dilantik berkenaan masih meminta wang tambahan untuk tujuan menyiapkan kerja-kerja.
Sekali gus membuatnya mempertikaikan apa jadi kepada wang sebanyak RM420,000 yang dibayar malah membeli sendiri barang-barang untuk diganti dalam rumah terbabit.
Saya tidak akan bayar apa-apa selagi kerja belum siap. Sinki, tandas, jubin lantai, pintu serta kelengkapan lain pun dia tidak siapkan padahal saya sudah belikan semua. Apa yang dia buat dengan duit yang saya bagi selama ini? Tiada satu pun kerja yang siap,” katanya.
Paling Chef Wan kesal adalah niatnya memilih individu terbabit atas dasar ihsan untuk membantu.
Bagaimanapun kecewa apabila hasil kerjanya tidak memuaskan.
“Benci betul, kita selalu nak tolong bangsa sendiri bagi rezeki tapi mereka buat kerja tak ikut kontrak pula. Duit hendak tapi kerja semua separuh jalan dan mengecewakan, semua ini janji-janji manis!” katanya.
View this post on Instagram
Ambil Tindakan Undang-Undang
Terbaru,mengikut laporan Chef Wan tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor tersebut.
Mengikut kata Chef Wan, 66, dia tak kisah soal menang atau kalah sebaliknya mahu memberikan ikhtibar gar orang tain tidak menjadi mangsa.
Artikel Menarik:Tidak Mampu Beli Rumah, Lelaki MAKEOVER Garaj Jadi ‘Bilik Penginapan’ Selesa
Mesti Baca: TIP Beli RUMAH PERTAMA, Perunding Hartanah Saran Fokus 4 Proses Penting Ini!
Baca Lagi Di Sini:Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.