Bukan Setakat Busana Kontinjen Olimpik, Rizman Ruzaini Juga Reka Uniform Hospital Swasta Ini. Persis Watak K-drama!

Bukan kaleng-kaleng…

Jika dahulunya, pereka duo terkenal iaitu Rizman Ruzaini sinonim dengan rekaan busana glamor yang disarungkan oleh barisan selebriti tempatan serta koleksi busana ready-to-wear yang laris terjual kepada masyarakat di Malaysia terutamanya pada musim perayaan.

Kini, Rizman Ruzaini lebih yakin untuk melangkah bertapak-tapak ke hadapan dengan pengembangan strategi perniagaan mereka dalam beberapa aliran baharu.

Antara yang hangat diperkatakan sekarang adalah penglibatan Rizman Ruzaini sebagai pereka busana kontinjen Malaysia di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai ini.

Perkhabaran itu dimaklumkan oleh Chief de-Mission atau Ketua Kontinjen Malaysia ke sana, Datuk Hamidin Mohd Amin sendiri dan disahkan sendiri oleh Ruzaini Jamil yang merupakan salah seorang daripada tulang belakang Rizman Ruzaini.

Sewaktu ditemui REMAJA baru-baru ini, Ruzaini berkongsi proses-proses yang perlu mereka lalui apabila ingin menceburkan diri dalam dunia rekaan bagi badan korporat seperti pihak Kementerian Belia dan Sukan sendiri.

“Kerjasama untuk perbarisan Olimpik Paris 2024 ini adalah projek terbaru kami dan bahagian rekaan itu hanyalah langkah pertama (bagi projek korporat).

“(Projek) korporat ada prosesnya sendiri. Dari sudut harga, prosedur menghantar tender, langkah sampling berperingkat dan macam-macam lagi. Untuk mendapat kesepakatan itu kena betul-betul,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

 

Pakaian Seragam Hospital Dengan Sentuhan Rizman Ruzaini 

Tidak cukup sekadar mereka busana kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik, Rizman Ruzaini juga terus unggul dalam dunia korporat apabila baru-baru ini merasmikan pakaian seragam atau uniform buat wargakerja Hospital Aurelius Nilai.

Menurut Ruzaini, kolaborasi yang terjalin ini memakan tempoh tiga tahun bagi memastikan setiap helaian yang direka dan disiapkan oleh para atelier mereka menepati piawaian yang ditetapkan bagi persekitaran sebuah hospital.

“Ini adalah pengalaman pertama untuk kita siapkan pakaian seragam sebuah hospital dan kami tahu ia perlu menepati praktikaliti, material bersesuaian dan bertepatan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP). Kesemua ini memerlukan proses penyelidikan daripada pihak kami dan akhirnya, kolaborasi antara Rizman Ruzaini dan Aurelius ini terjalin juga,” katanya.

Tambah Ruzaini lagi, ilham sentuhan mereka untuk rangkaian pakaian seragam Hospital Aurelius Nilai ini dicedok daripad drama-drama Korea. Ia jelas dapat dilihat pada gabungan siluetnya yang lebih moden ditambah pula dengan bahagian lapel yang tetap kelihatan bergaya biarpun pada pakaian formal sebegini.

“Dari situ, kita keluarkan ilham dengan memasukkan sedikit elemen fesyen pada pakaian hospital. Selain itu, bentuk logo Hospital Aurelius yang sedikit melengkung seperti kelopak mata atau dedaun juga diaplikasikan sebagai subject matter pada pakaian seragam,” ulasnya.

Dalam pada itu, Ruzaini juga berkata jenama Rizman Ruzaini kini sedang memberi fokus kepada mengembangkan jenama itu ke bumi Dubai dan negara-negara Timur Tengah lain.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

r

Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply