Bila dah kurus makin terserlah pesona awet muda yang dimiliki oleh pelakon Abby Abadi. Sekali imbas nampak macam anaknya pula, Marissa Dania. Terpegun melihat perubahan ibu kepada tiga cahaya mata ini yang bukan sahaja semakin kurus malah kelihatan awet muda dan cantik pada usia 47 tahun. Paling kagum, Abby tetap berpakaian longgar demi menjaga auratnya dengan sempurna.
Kredit Foto: mamayebbyyabadi
Kredit Foto: mamayebbyyabadi
Abby Abadi bersama anaknya, Marissa Dania Hakim. Kredit Foto: mamayebbyyabadi
Abby berkongsi satu video pendek di Instagram peribadi di mana dia berkongsi perjalanan dietnya yang bermula April 2024 dengan berat 78kg.
Menurut Abby, dia kini tidak ambil nasi dan gula. Abby juga dilihat sering bersenam bersama anak lelakinya, Danish Hakim.
View this post on Instagram
Berkat konsisten dengan amalan diet dan aktiviti kecergasan, Abby berjaya mengurangkan berat badan seperti yang diimpikan.
View this post on Instagram
“Lama takde gambar manis kita kan? Ini yang terlatest hihi.. Meraikan kemenangan berjaya kurus sikit. Nak teruskan usaha untuk sikit lagi. Doakan tau! Taknakkkkk dobokkk dah.. Insappp!
“Tengok gambar-gambar 2-4 bulan sebelum ni.. buruk nauu rasa. Nanti kita share ye. Sebelum ni, tak share.. pilih-pilih yang nampak kurus je walaupun.. Kali ni kita kumpul biar korang tengok sendiri. Seriuss jomlah insaf sesama.”
Kredit Foto: mamayebbyyabadi
Sementara itu, jurusolek profesional @mmakeupbymaszmirza turut berkongsi hasil solekan dan fotonya bersama Abby di Instagram.
View this post on Instagram
“Thanks for having me kak”
Perkongsian Abby itu berjaya meraih pujian para pengikut dan peminatnya termasuk rakan-rakan artis antaranya Memey Suhaiza, Puteri Sarah Liyana, Wawa Zainal, Azza Elite, Linda Rafar dan Norman Hakim.
Kredit Foto: mamayebbyyabadi
Kredit Foto: mamayebbyyabadi
Kredit Foto: mamayebbyyabadi
Semoga Abby terus konsisten dengan rutin diet yang diamalkan. Yang penting sihat barulah kecantikan itu datang seiring.
Tiga anak kesayangan Abby Abadi. Kredit Foto: mamayebbyyabadi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.