Boon Siew Honda memperkenalkan Honda NSS 250 terbaru yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang lebih canggih, reka bentuk yang lebih premium, dan penampilan yang lebih moden.
Baru sahaja Boon Siew Honda memperkenalkan model CB 350 RS yang sedang menjadi topik bualan hangat semua penggemar motosikal di Malaysia kini mereka hadir pula dengan varian skuter Maxi terbaharu.
NSS250 ini dijangka akan mentakrifkan semula pengalaman menunggang untuk pengembara dan penggemar pelancongan. Ia adalah skuter maxi 250cc terbaik yang anda boleh miliki!
Sorotan Ciri-ciri Utama:
- Gaya Evolusi Termaju: Menggabungkan kelincahan dan rasa premium yang ditingkatkan.
- Meter LCD Rekaan Baharu: Meningkatkan keterlihatan dan memudahkan pembacaan semasa menunggang.
- Lampu LED yang Dinaik Taraf: Menawarkan penampilan yang lebih terang dan moden pada lampu depan dan lampu belakang.
- Cermin Angin Elektrik Boleh Laras Baharu: Menyediakan keselesaan dan penyesuaian yang lebih baik.
Selain itu, ruang bagasi yang luas berkapasiti 48L di bawah tempat duduk mampu memuatkan dua helmet penuh.
Penyimpanan tambahan disediakan oleh kotak dalaman hadapan dengan soket USB Type-C, membolehkan penunggang mengecas peranti mereka dengan mudah semasa perjalanan.
NSS250 baharu ini tersedia dalam tiga warna menarik:
- Mat Gun Powder Black Metallic
- Pearl Smoky Gray
- Candy Syrah Wine Red
Dengan pilihan warna yang menarik ini, NSS250 pasti sesuai dengan gaya anda. Honda NSS250 baharu ini bukan sahaja menawarkan reka bentuk yang menarik, tetapi juga ciri-ciri canggih yang menjadikan setiap perjalanan lebih selesa dan menyeronokkan.
Dengan Harga RM25,888, bagi pendapat penulis adalah sangat berpatutan dengan ciri-ciri yang disertakan.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki skuter maxi terbaik ini!
Sumber Artikel : Facebook Fast Bikes Motorcycles Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.