Jika berhajat memasang aircon atau pendingin hawa di kediaman pastikan ia diletakkan di kedudukan yang betul.
Bukan saja untuk memastikan supaya aircond ini berfungsi sepenuhnya tapi juga kita tidak mengeluarkan kos tambahan untuk membetulkakan semula keadaan, selain mengelakkan ia menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.
Penting untuk diketahui dan beberapa lokasi dalam rumah yang tidak sesuai untuk meletakkan aircond. Perkara ini dikongsi oleh Kenchana Maju Electrical.
Sebelum pasang aircond penting untuk tahu perkara ini
Apa yang penting sangat nak kena tahu tentang posisi ideal aircond ni?
“Kerana sekiranya pemasangan dah selesai dilakukan kita dah kena keluarkan kos tambahan bagi memperbetulkan semula.”
Elak letak aircond di lokasi ini
1. Berhadapan dengan cermin tingkap/sliding door/pintu.
2. Berhadapan dengan peralatan yang mengeluarkan haba seperti tv, decoder & sebagainya
3. Dekat dengan aircond lain secara berhadapan terlalu dekat.
4. Terlalu jauh dengan unit OUTDOOR (KOMPRESSOR).
5. Di atas peralatan elektrik seperti tv, computer dan sebagainya.
Jarak aircon yang sesuai
Selesai pemilihan lokasi yang mematuhi tip diatas kita perlu memastikan jarak kedudukan dengan DINDING, CEILING & LANTAI pula memenuhi kriteria. Antara kriteria jarak adalah:
Indoor
- Jarak AIRCOND ke CEILING minimum 15cm
- Jarak AIRCOND ke DINDING paling minimum 15cm
- Jarak AIRCOND ke LANTAI paling minimum 250cm
- Jarak AIRCOND (muncung) ke HALANGAN paling minimum 300cm
Outdoor
- Jarak AIRCOND ke CEILING minimum 50cm
- Jarak AIRCOND ke DINDING paling minimum 30cm
- Jarak AIRCOND ke DINDING BELAKANG paling minimum 30cm
- Jarak AIRCOND ke HALANGAN DEPAN paling minimum 200cm
Apakah kesan dari KEGAGALAN mematuhi perkara di atas:
1. Kita mungkin menggunakan aircond dengan kadar penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
2. Jangka hayat aircond tidak sampai had kemampuan sebenar.
3. Gangguan pada laluan di bahagian kedudukan outdoor.
4. Menampakkan rumah kita tidak kemas/serabut.
5. Kemungkinan terjadi kerosakan pada barang elektrik sekiranya berlaku masalah air menitis dari aircond.
INFO: Disarankan juga tidak meletakkan aircond di atas tingkap dan pintu slidding kerana dari sudut hiasan dalaman langsir tidak dapat diletakkan ‘full height’ agar kediaman lebih cantik.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Kenchana Maju Electrical.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.