Rawat Kaki Sembap Ketika Hamil, Lima Rutin Harian Ni Jangan Tinggal!

Ramai wanita akan mengalami bengkak kaki ketika mengandung. Kondisi ini sudah pastinya akan membuatkan ibu rasa tidak selesa. Ini merupakan sesuatu yang normal.

Bagi ibu yang baru pertama kali hamil pasti tertanya-tanya mengapa kaki sembab ketika hamil?

Ada 3 penyebab utama kaki membengkak ketika hamil:

1. Sepanjang kehamilan, badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk membantu tumbesaran bayi.

2. Apabila bayi membesar, uterus akan menekan vena yang membawa darah dari bahagian kaki ke jantung.

3. Hormon juga akan membuatkan dinding vena menjadi semakin lembut. Oleh sebab itu, lebih sukar untuk vena menjalankan tugasnya dengan betul.

Atas sebab inilah, darah akan ‘terperangkap’ pada kawasan kaki. Malah, ada juga darah yang akan terbocor ke kawasan tisu dan menyebabkan bengkak.

Pun begitu kaki sembap semasa hamil bukanlah sesuatu yang berbahaya kepada ibu atau bayi. Namun, ia akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.

Selalunya, kondisi ini akan berlaku pada akhir kehamilan.

Atasi kaki sembab ketika hamil
Ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah kaki sembap. Antaranya ialah:

1. Pakai compression socks
Cuba pakai compression socks atau stoking ibu hamil untuk mengurangkan simptom bengkak kaki. Stoking ini dapat memastikan tekanan pada kawasan kaki kekal normal. Selain itu, ia juga dapat membantu menolak semula cecair lebihan kembali ke dalam salur darah.

Elakkan memakai stoking yang ketat atau mempunyai getah pada bahagian atas. Ini boleh meningkatkan risiko darah beku.

2. Rehat secukupnya
Ibu hamil perlulah berehat dengan secukupnya. Pengaliran darah ke seluruh tubuh badan akan menjadi semakin lancar jika ibu mendapatkan rehat yang cukup.

Ketika anda menonton televisyen, membaca atau sedang duduk, cuba tukar posisi badan dan lunjurkkan kaki ke depan dan ke atas, lebih tinggi daripada dada. Posisi ini akan mengurangkan tekanan pada kawasan vena dan mengurangkan kaki sembab ketika hamil.

3. Basahkan kaki anda
Rendamkan kaki yang sembap di dalam air sejuk selama 20 minit untuk mengurangkan bengkak. Pada masa yang sama, ibu juga boleh kurangkan rasa hangat disebabkan cuaca yang panas.

Tetapi, pastikan suhu air tidak terlalu sejuk! Suhu yang terlalu rendah boleh menyebabkan salur darah kecil mengecut dan mengurangkan peredaran darah. Silap-silap, kaki boleh menjadi lebih bengkak!

4. Beli kasut yang muat
Kasut yang ketat bukan sahaja tidak menyelesakan, ia juga akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan yang lebih teruk.

Disebabkan masalah ini selalunya akan berlarutan selepas kelahiran, tidak rugi jika anda berbelanja lebih untuk sepasang kasut yang selesa. Sebagai panduan, pilih kasut yang rata dan boleh disarung dengan mudah.

5. Jumpa pakar jika kaki sembab makin serius
Kadangkala, masalah kaki sembab ketika hamil hanya boleh diselesaikan oleh pakar. Mungkin ibu tidak sedar kesakitan pada tapak kaki mungkin berlaku disebabkan perkara lain seperti kuku cengkam.

Walau apapun keadaannya, dapatkan segera nasihat dan pandangan dari doctor terlebih dahulu.

Menarik: Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply